1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, November 26, 2008

Yoga Oh Yoga

Nilah rasanya isu terhangat beberapa hari ini sejak Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa senaman Yoga adalah haram. Sememangnya ada pro dan kontranya dalam isu ini. Di satu pihak Majlis Fatwa Kebangsaan hendak mempertahankan iktikad umat Islam kerana sebagai tanggungjawab mempertahankan agama mereka perlu membuat keputusan mengikut syariat. Di pihak yang lain pula kerana ianya ada hubungkait dengan agama Hindu, ia menimbulkan rasa tidak senang kepada pihak berkenaan khususnya Hindu Sangam yang rasa terkilan dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut. 

Saya bukannya ahli dalam agama tetapi apa yang saya fahami ialah apa yang termaktub di dalam Al Quran dan Hadith adalah wajib dipatuhi. Memadangkan pada hari ini nabi sudah tidak diutuskan lagi oleh Allah selepas Nabi Muhammad S.A.W, maka cerdik pandai agama dianggap sebagai pewaris. Islam itu sesuai sepanjang zaman dan bukannya di zaman Nabi-nabi dahulu sahaja. Hukum-hakam yang ditetapkan Allah adalah menyeluruh sejak zaman pada Nabi hinggalah ke hari Akhirat. Oleh itu hukum-hukum yang termaktub di dalam Al Quran dan Hadith tidak lapuk ditelan zaman. 

Selaku ahli Majlis Fatwa Kebangsaan sudah semestinya menjadi tanggungjawab mereka untuk mengeluarkan fatwa yang selaras dengan kehendak agama Islam yang suci dan mulia ini. Sebagai pewaris Nabi-nabi, keputusan mereka sewajarnya diterima oleh setiap umat Islam. Fatwa tentang yoga ini misalnya hanya melibatkan orang Islam tetapi apa yang hairannya ialah mereka yang tidak beragama Islam pun turut mempertikaikannya. Apakah hak mereka untuk mempertikaikan hukum Islam yang tidak tertakluk kepada mereka. Malah dalam khalwat sekalipun, jika orang bukan Islam ditangkap berkhalwat dengan orang Islam, hanya yang Islam sahaja akan menerima hukuman di mahkamah Syariah. Dalam hal yoga ini, mereka yang bukan beragama Islam tidak perlu bimbang kerana mereka tidak terlibat. 

Apa yang mengeciwakan ialah apabila orang Islam sendiri ada yang mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa. Bagi saya mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa adalah samalah dengan mempertikaikan hukum Allah. Lebih mendukacitakan apabila ada yang mengesa Majlis Fatwa diharamkan. Malah mungkin Islam Hadhari juga membenarkan amalan ini? 

Adakah yoga hanya satu-satu senaman untuk kesihatan? Lainlah jika tidak ada alternatif. Tidak dinafikan mereka yang mengamalkan senaman yoga dapat meransang kesihatan tetapi mereka yang tidak mengamalkan yoga tidak pula hidup mudarat. 

Yoga ialah perkataan Sanskrit bermakna Yuj bermaksud mengawal, menyambung atau menyatu . Yoga dari segi Istilah ialah 'union' kesatuan, sambungan atau kuk roh individu dengan roh alam semesta , penyatuan dengan roh Illahi.(The practical Sanskrit dictionary).

Kalau kita tinjau dan lihat apa yang terdapat didalam amalan yoga dan aktiviti seterusnya memeng mengarah kepada banyak amalan yang menyerupai amalan ketuhanan hindu . Apabila kita menyebut tentang yoga ni, kita pasti akan tergambar seorang manusia bersila dengan tangan memegang peha dan bermeditasi dan apa yang membimbangkan kita adalah ia melibatkan kita terpaksa melupakan semuanya pada masa itu hatta melupakan Allah sekalipun , maka sudah pasti pada pandangan saya ianya tak patut berlaku dalam keadaan seorang itu beriman kepada Allah. - Blog Ahli Parlimen Pendang.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List