1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, December 26, 2008

Apa Dah Jadi Dengan Era

Aku telah menjadi pengemar Radio Era sejak ianya mula diperkenalkanlagi iaitu semenjak zaman Halim Othman dan Jamal Jamaluddin menjadi DJnya. Pagai-pagi dalam perjalanan ke pejabat, Era lah yang menjadi penghibur dengan telatah Halim dan Jamal Jamaludin (JJ) pada masa itu. Kemudian seingat aku muncul pula Pak Tam, FBI dan sebgainya. 

Then DJ-DJ Era ni mula gugur satu persatu bermula dengan JJ dan diikuti dengan lain-lain DJ yang telah menghidupkan rangkaian ini. Pada mulanya aku rasa keciwa apabila FBI (Faisal bin Ismail) keluar dan kemudiannya diikuti oleh Farah Fauzana (Fafau). Seelan Paul pun keluar. Masuk Kak Engku (Raja Azura) untuk cuba menarik pendengar. Lepas satu persatu lagi DJ Era keluar atau terkeluar. 

Dalam kereta sememangnya siaran Era menjadi pilihan aku, tetapi apabila anak aku bawa, dia tukar kepada Hot FM. Aku masih lagi melekat dengan Era. Tetapi di beberapa tempat yang aku pergi, sudah kedengaran Hot FM menggantikan Era. Semakin kurang siaran Era kedengara. 

Era membawa masuk Saiful Apek untuk menceriakan pagi di era, tetapi ternyataApek tidak berjaya melaksanakan tugasnya. Kemasukan Apek ke dalam Era menyebabkan Era semakin merapu. Lawak slapstick Apek dan terikut-ikut oleh DJ-dj Era nyata tidak ada faedah langsung dan tidak ada apa-apa unsur pendidikan. Lawak cikgu dan murid-murid hanya hampas dan merugikan masa untuk mendengar. 

Beberapa hari lepas mungkin anak aku dah tukar ke SinarFM dan Era? Aku sekarang dah mula naik syok dengan Sinar kerana lagu-lagunya sesuai dengan citarasa aku. Lagu-lagu lama zaman 70an dan 80an mengimbau kembali zaman itu. Lagu-lagu yang tidak terlalu merapu seperti rock dan hip hop yang terlalu banyak dimainkan oleh siaran-siaran lain. 

Nampaknya aku tidak akan tukar kembali ke Era.  

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List