1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, December 31, 2008

Blog Fotografi

Penghujung tahun 2008 ini aku memulakan satu lagi blog dan kali ini aku akan menulis tentang fotografi. Fotografi bukanlah bidang yang baru bagi aku. Aku sudah mula memegang kamera sejak berusia 10 tahun lagi dan telah beberapa kamera aku milikki. Sayangnya tidak ada bangkainya lagi untuk aku simpan sebagai kenangan. 

Minat aku terhadap fotoggrafi memang tidak pernah padam walaupu buat beberapa ketika aku tidak begitu mengambil berat tentangnya. Sejak aku mula menulis blog, mendampingkan diri dengan fotografi menjadi dekat semula. Aku membeli sebuah kamera digital bermula dengan Canon, kemudian tukar kepada Olympus dan terakhir Benq. 

Semasa aku mengunjungi International Xtreme Auto Show di Kompleks Sukan Bukit Jalil, keinginan untuk memilikki kamera DSLR timbul kembali. Aku rasa aku patut melibatkan diri semula dengan dunia fotografi untuk merakam hasil ideaku melalui bidang ini. Jadi aku akan dapat melahirkan karyaku dalam bentuk blog dan juga seni fotografi. 

Aku sedang merancang untuk membeli sebuah kamera DSLR sebagai permulaan. Sewaktu membelek-belek kamera di Low Yat tempoh hari, aku terpikat dengan kamera Nikon D40. Ini kerana harganya yang dalam kemampuan budget aku. Harga RRP ialah RM 1888 tetapi kedai menawarkan hanya RM 1450 sahaja. 

Blog yang aku ujudkan untuk membincangkan tentang fotografi ialah Thru The Lens

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List