1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, December 12, 2008

Cuti Rehat Dan Golden Handshake

Minggu ini ada dua berita yang melibatkan perkhidmatan bagi kakitangan awam di negara kira. Berita pertama ialah mengenai cuti rehat kakitangan baru hanya 25 hari sahaja berbanding 30 hari sebelum ini. Tak tahu pula cuti rehat untuk kakitangan awam sebelum ini ialah 30 hari. Sewaktu aku masuk berkhidmat dahulu cuti rehat kakitangan kerajaan memang 25 hari tetapi selepas berkhidmat selama 10 tahun baru ianya dinaikkan ke 30 hari. Mengikut JPA tujuan dikurangkan cuti rehat ini ialah untuk meningkatkan produktiviti. Sekarang jelaslah bahawa produktiviti kakitangan awam negara ini tidak meningkat. Ini bercanggah dengan pengumuman PM selalunya melalui pembentangan belanjawan tahunan adalah tidak benar. Satu persoalan ialah dengan menambahkan 5 hari lagi bekerja produktiviti akan meningkat? 

Pengumuman kedua yang melibatkan kakitangan awam ialah mengenai "Golden Handshake" atau bahawa jalanannya salam emas. Pada mulanya Golden Handshake ni boleh dikumpul sebanyak 90 hari. Ia di naikkan kepada 120 hari beberapa tahun lalu dan kini menjadi 150 hari. Sememangnya ia satu keuntungan kepada kakitangan awam kerana akan menerima lebih banyak wang setelah berpencen kalak yang ditanbah kepada ganjaran mengikut tempoh perkhidmatan

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List