1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, December 26, 2008

Jadahnya Dia Ni Menghina Nabi!!

Jika orang kafir menghina Islam khususnya junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W maka boleh kita fahami kerana sememangnya sebahagian besar mereka adalah musuh Islam. Tetapi apabila seseorang itu yang mengaku dirinya Islam menghina agama dan junjungan besarnya maka ianya sesuatu yang tidak obleh dimaafkan. Nauzubillah. TV 3 ada menyiarkan tentang sebuah blog yang menghina agama Islam khususnya Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa yang sama juga saya sedang melayari blog berkenaan setelah mendapat link dari sebuah blog lain dalam Malaysiakita.

Meruap juga diri ni apabila melihat gambar yang menyamakan seorang lelaki Islam yang diubahsuai dengan hidung dan telinga babi. Saya naik takut untuk membaca posting-postingnya yang lain seperti 'Nabi ke Nazi' , 'Nabi Enjoi' , 'Nabi Babi' , 'Nabi Anjing' dan beberapa lagi. Meruap hati ini melihat tajuk sahaja pun. Saya rasa semua umat Islam yang tipis agamanya pun akan marah dengan apa yang ditulis oleh penulis yang menamakan dirinya Adibah Ahmad.

Profile blogger berkenaan memaparkan potret seorang wanita jelita dan tidak pasti sama ada itulah sebenarnya wajah penulis atau gambar yang diceduk dari mana-mana. Walau bagaimanapun saya sengaja tidak mahu meninggalkan link ke blog berkenaan kerana ia bermakna saya membantu blog itu untuk mendapat hits yang tinggi. Terpulanglah kepada pembaca blog saya ini untuk mencarinya.

Gambar yang saya paparkan di atas ini merupakan gambar yang saya download dari profilenya. Mungkin ada pembaca saya kenal pemilik gambar ini dan harap ambil tindakan yang sewajarnya jika gambar ini dipergunakan.

Catitan: Gambar yang mengiringi blog ini sudah saya delete.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List