1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, December 21, 2008

Lagu Kopratasa Tidak Lulus Tapisan RTM

Dr Mohd Asri dilihat sebagai seorang mufti yang benar-benar berani mengatakan yang benar berbanding dengan mufti-mufti negeri lain. Sebagai bekas mufti negeri Perlis, beliau banyak menegur apa yang tidak betul tanpa rasa gerun dan gentar. Sebagai seorang Islam kita tabik kepada beliau atas keberanian itu. Dulu kita ada Allahyarham Datuk Ishak Baharum dan Datuk Harussani yang berani mengatakan yang benar dan hak. Tetapi macam biasalah, di Malaysia sesiapa yang bercakap benar tidak lama hayat perkhidmatannya. 

Kini Dr Asri bukan lagi mufti negeri Perlis tetapi atas keberaniannya maka ramai umat Islam terus mengingati beliau walaupun bukan lagi menjadi mufti. Nama beliau akan terus disanjung oleh rakyat jelata yang sayangkan Islam dan nampak yang Islam sedang dmusnahkan oleh mereka yang mementingkan harta dunia termasuklah pemimpin. Jesteru itulah sebuah lagu yang liriknya ditulis oleh Dr Asri telah tidak dibenarkan dimainkan di RTM. 

RTM jelas tidak profesional dan menjadi lapdog kepada kerajaan. Sebab itulah RTM bukan stesen pilihan rakyat lagi. 

Lagu Kopratasa yang ditulis Dr Asri itu, Aku Bukan Musuh Harta dalam album Yang Benar Tetap Benar. 

Petikan dari Berita Hairan....

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta yang liriknya ditulis bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin. 

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.

Antara lain lirik lagu itu 

Ya telah kaya para pendusta, 
syarat mereka lupakan Yang Esa, 
harta rakyat semua disebat, 
harta awam semua dibekam, 
hukum syaitan mereka bertuhan


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List