1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, December 25, 2008

Malam Menjelang Krismas

Malam tadi keluar ke Kg Baru bawa ipar dan anak saudaraku untuk makan di Minnie Chops. MinnieChopslebih dikenali sebagai restoran koboi kerana settingnya ala-ala kedai koboi dan pekerjanya memakai topi koboi. Minnie Chop menyediakan makanan barat seperti steak, fish and chips dan sebagianya. Setiap kali ke sini pasti aku akan memesan Rib Eye Steak mungkin kerana tastenya sesuai dengan aku. 

Dua Rib Eye Steak, tiga MinnieChop dan satu Fish and Chips beserta dengan jus buah-buahan tidak sampai RM50.00. 

Selepas itu bercadang untuk pergi ke Bank Islam di Menara Bank Pembangunan tetapi rupanya di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Abdullah tidak boleh belok kanan. Jadi terpaksa lah pergi terus ke Jalan Dang Wangi dan kemudian menghala ke Jalan Ampang. Dipersimpangan Jalan Ampang Jalan Sultan Ismail sudah bermula jam. Rupanya jam itu disebabkan sambutan menjelang Krismas di sekitar Jalan P Ramlee. Biasanya kawasan Jalan P Ramlee ni sibuk pada malam hujung minggu. 

Selepas itu aku bercadang untuk membawa mereka ke kawasan Bukit Bintang juga tetapi bermula dari persimpangan berhampiran Pavillion kami tersangkut lama. Jadi aku mengambil keputusan untuk ke Jalan Imbi sahaja dan terus ke Downtown KL. Sekitar kawasan Time Square juga sambutan menjelang Krismas hebat.  Inilah kali pertama aku melihat sambutan perayaan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tentunya sambutan tahun baru setiap tahun lebih hebat. Aku tidak pernah keluar untuk menyambut tahun baru di bandaraya dan tidak mungkin akan keluar kerana menyambut tahun baru seperti itu bukanlah budaya orang Melayu yang beragama Islam.  

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List