1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, January 18, 2009

Pengundi Kuala Terengganu Membuat Pilihan Tepat

Selesai sudah satu lagi episod yang meloyakan di negara kita dengan pengumuman keputusan pilihanraya kecil P36, Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun episod yang meloyakan ini pasti akan datang lagi apabila ada pilihanraya besar atau pilihanraya kecil di mana di negara ini.
Meloya kerana semua media sama ada cetak mahupun elektronik memaparkan kempen politik BN sepanjang masa. Meloya kerana berita berat sebelah dan memaparkan bahawa pembangkang adalah pihak yang tidak bertanggungjawab, suka menimbulkan ketegangan, tidak tahu mengurus dan macam-macam lagi paparan negatif. Sementara di pihak BN semuanya bagaikan perfect dan tidak ada cacat celanya. Mereka menganggap rakyat di negara ini khususnya di kawasan pilihanraya sedang berjalan adalah manusia bodoh dan dungu dan tidak tahu apa-apa. Mereka ingat rakyat boleh disuap dan hendaklah telan apa sahaja yang disuapkan. 

Setiap tibanya pilihanraya, jutaan ringgit dijanjikan yang menjadi sebagai janji politik dan apabila habis sahaja pilihanraya semuanya tutup fail. Contoh hebat ialah janji nak bagi peruntukan sebanyak RM100k untuk mesjid dan RM30k untuk surau di Permatang Pauh. Selepas selesai pilihanraya, barulah diketahui bahawa ianya adalah janji palsu. Jika tidak kerana didedahkan oleh akhbar, sudah tentu peruntukan itu akan dilupakan begitu sahaja oleh pihak yang membuat janji. Oleh kerana pendedahan itu dibuat semasa pilihanraya kecila Kuala Terengganu sedang berlangsung, maka diarahkan MAIP membuat kenyataan. Adegan pembacaan teks oleh pihak MAIP seperti ysang dipaparkan, jelas satu sandiwara dan menunjukkan bahawa pihak MAIP dipaksa membuat kenyataan. Bodoh sangatlah orang Melayu ni,rupanya. 

Tahniah kepada PAS kerana berjaya mengambil kembali kerusi parlimen Kuala Terengganu. Kemenangan ini mengambarkan bahawa orang-orang Kuala Terengganu telah mengembalikan kerusi kepada orang yang sesuai. Satu pilihan yang tepat. 

Selepas ini sama-samalah kita lihat apa yang dijanjikan olehBN khususnya TPM untuk penduduk di Kuala Terengganu akan ditunaikan. 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List