17 Januari 2009 adalah merupakan detik pertama penglibatan aku dalam permainan paintball secara resmi. Dulu pernah juga aku memegang marker paintball ni untuk target shooting semasa satu program belia di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Tetapi kali ini benar-benar bermain.
Penglibatan itu bermula apabila Advertlets, sebuah agensi pengiklanan di internet menganjurkan permainan paintball untuk bloggers. Aku menghantar butiran
peribadi untuk turut serta memandangkan usia bukanlah satu halangan untuk bermain.
Dalam pertandingan tersebut, pasukan yang aku wakili telah berjaya muncul sebagai naib johan dikalahkan oleh Alpha Marksmen. Hasil kemenangan itu kami sepatutnya di taja oleh My-NPL untuk bermain dalam Liga Paintball Kebangsaan tahun 2009 (NPL).
Penyertaan dalam NPL pasukan aku Yakuza telah berjaya menduduki ranking 13 daripada 28 pasukan dalam Division 4. Ia satu perkembangan yang cukup baik bagi satu pasukan yang belum genap sebulan bermain paintball dan hanya satu sesi latihan.
Kini aku sudah mula serius untuk terus bermain paintball. Hari Sabtu lepas hadir lagi untuk satu sesi latihan. Kami dalam persiapan untuk menyertai siri ke3 NPL yang akan diadakan di Melaka.
No comments:
Post a Comment