Setiap hari sememangnya aku akan buat blog surfing. Tak kiralah blog-blog yang pernah aku surf dan baca mahupun blog-blog baru. Sekali-sekalabila tengok ada visitor ke blog aku, pasti aku akan click juga untuk memasukki blog dia. Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan traffic ke blog sendiri. Ia macam jangkit menjangkit.
Antara blog yang aku surf hari ini ialahblog Linda Onn personaliti yang mula terkenal melalui Radio Era. Now dia dah kat Sinar FM. Sekarang stesen yang menjadi pilihanku dahSinar FM. Bukan apa, kerana lagu-lagu yang dimainkan sesuai dengan jiwa aku. Lagu-lagu retro tahun 70an dan 80an. Dulu memang stesen pilihan ialah Radio Era khususnya semasa dalam perjalanan ke pejabat setiap pagi atau dalam perjalanan balik kampung ke Kedah. Tetapi rancangan sebelah pagi sudah menjadi merapu sejak kemasukan
Saiful Apek dalam segmen tentang cikgu sekolah. Tulah sebabnya aku sudah hilang minat terhadap Era.
Blog Linda Onn ni aku dah ikuti sejak Linda masih di Era lagi dalam blog penampai Era. Kini apabila Linda dah pindah ke Sinar, aku masih mengikuti walaulah taklah secara serius. Sekali sekala tu lompat masuk juga. Malam ni aku surf blog Linda selepas masuk ke webSinar FM untuk mencari siapakah Abang Jam (? atau Jem?). Nak lawat blog Linda? Klik SINI.
Tulisan dalam blog Linda yang berbentuk catitan, simple, bukan berbentuk karangan dan sesuai dibaca untuk santapan di masa lapang.
Tup-tup pula sampai posting Linda main paintball. Apa lagi, terus download semua pic dalam posting tu. Akupun baru menceburkan diri dalam permainan paintball ni. Baru main tak sampai sebulan, dah sampai ke Liga Paintball Kebangsaan di ASTAKA. Tempat kru Sinar FM tu main. Dapatlah sampai ke pusingan sweet 16 melalui kedudukan kami dalam ranking ke 13.
Nilah Tun Teja Sinar FM tu.
Kredit : Semua gambar diambil dari blog Linda Onn sendiri.
No comments:
Post a Comment