Selepas membeli belah pasaraya Giant Kinrara, aku membawa keluarga untuk makan di Seri Petaling. Restoran biasa iaitu Ajimal Razim. Seperti biasa pesanan aku ialah nasi lemak biasa dan teh o ais limau.
Sebaik sahaja pesanan sampai, datang sepasang lelaki dan wanita Cina duduk di meja berhampiran dengan meja kami. Terus sahaja aku hilang selera untuk makan. Bukan kerana mereka itu pasangan China. Bagi aku tidak ada masalah untuk bersahabat dengan sesiapa pun. Aku tidak mengira bangsa dan agama untuk bersahabat. Tetapi apa yang membuat aku hilang selera untuk makan ialah kerana wanita Cina itu mendokong seekor anjing. Sungguh tidak bertimbang rasa dan peka mereka. Membawa binatang peliharaan ke tempat orang ramai makan tidak sepatutnya berlaku. Apa lagi yang di bawa itu seekor anjing dan tempat makan itu dikunjungi oleh ramai orang Islam.
Terus hilang selera makan aku malam tu.
No comments:
Post a Comment