Keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah satu signal dari rakyat bahawa negara perlukan pembaharuan. Kemenangan kedua-dua calon Pakatan Rakyat dengan majoriti yang bertambah menunjukkan bahawa Tsunami 2008 laluitu bukanlah satu kebetulan atau kesilapan rakyat memilih kerajaan.
Kemenangan ini menjadi lebih manis kerana ia berlaku beberapa hari selepas negara mendapat seorang Perdana Menteri baru yang penuh kontroversi yang masih tidak terjawab. Keenganannya untuk menyaman pihak-pihak yang membuat tuduhan terhadap beberapa isu telah menjadi tandatanya bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia. Tuduhan yang dibuat oleh sebuah akhbar Peranchis tentang penglibatannya dalam pembunuhan wanita Mongolia tidak berani di samannya menunjukkan bahawa tentu ada sesuatu kebetulan.
Selepas ini kita berharap akan berlaku pilihanraya semula di negeri Perak setelah kerajaan negeri itu dirampas secara tidak sah oleh BN di bawah pimpinan PM sekarang. Hasil daripada itu,rakyat Perak telah menunjukkan bahawa tindakan BN itu adalah tidak disenangi lalu mereka tunjukkan melalui peti undi- kuasa rakyat seperti yang laungkan oleh Pakatan Rakyat.
Keputusan di dua Bukit itu adalah satu hadiah istemewa rakyat kepada PM baru kita.
2 comments:
PM baru dapat batang je..hahaha
Hmmm...batang siapa? Hehehehe
Post a Comment