Minggu hadapan (4 - 7 Mei) aku akan berada di Tanjung Pengelih, Johor untuk tugasan resmi. Tanjung Pengelih adalah merupakan titik paling selatan bagi tanah besar benua Asia. Ini merupakan kali pertama aku sampai ke tempat ini. Kemudian pada minggu berikutnya aku akan mengalami satu lagi detik bersejarah buat diriku iaitu berada di titik paling utara dipulau Borneo iaitu Tanjung Simpang Mengayau. Simpang ini adalah kawasan di mana Laut Cina Selatan bertemu dengan Laut Sulu.
Pastinya aku akan berpeluang mendapat banyak maklumat dalam pengembaraan ini dan aku rasa menempuh dua tempat yang istemewa secara berturutan adalah sesuatu yang cukup manis.
2 comments:
jauh perjalanan..makin bertambah lah pengalaman..
selamat berkembara..
baca sebahagian pengalaman itu di www.mykembara.blogspot.com
Post a Comment