Hari Ahad pergi TESCO, Ampang. Actually nak tengok CPU Compaq CQ2009F. Rata-rata tengok harga RM999.00. Kira satu ribula. Masa kat Alor Setar tengok kat TESCO di sana harganya RM 788.00 saja. Memang muralah. Jadi pergi TESCO Ampang ni cadang nak beli. Tetapi bila baca details yang diletakkan oleh TESCO, "No operating system". Lalu aku pun ubah fikiran. Tak jadi nak beli lagi.
Bila di kira balik, harganya akan jadi lebih mahal kerana terpaska pula beli software sistem pengoperasian. Software pula lebih kurang RM 250 untuk Windows XP Home Edition. Kalau dicampur, jadilah RM 1038. Nasib baik aku baca dulu sebelum beli. Jadi kalau yang letak harga RM 999.00 tu memang bolehlah beli.
Sebelum masuk TESCO tu merasalah makan nasi ayam kat kedai Linda Onn, My MOM Chicken Rice. Wah, semuanya oren. Patutnya Linda kena buat promotion, pelanggan yang berpakaian oren dapat diskaun ke atau minuman FREE ke. Barulah satu kedai keorengan. Ni pengaruh paintball ke Linda?
2 comments:
Salam.
Selalunya orang bleh install sndiri OS yg pirfate pnya.
Yg RM2++ yu yg ori.
TQ zaHieN kerana melawat dan meninggalkan komen. Memang ramai yang menggunakan OS pirate. Masalahnya sukar untuk update dan jika menggunakan Windows XP, Microsoft boleh trace dan jika didapati bukan genuine, skrin akan paparkan just warna hitam saja.
Benar harga yang saya sebutkan itu untuk Windows XP Home Edition yang ori
Post a Comment