1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, June 19, 2009

Berhati-hati Dengan Perhiasan Yang Mengguna Kalimah Allah

Perkara ini sudah lama disedari tetapi saya baharu sahaja menerima maklumat ini melalui e-mail. Walaupun sudah lama disedari, saya rasa menjadi tanggungjawab dan komitmen saya sebagai seorang Islam untuk terus menyebarnya bagi menyedari orang Islam lain daripada dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ia digelar rantai tangkai iblis, tetapi segelintir Mat Rempit yang gila fesyen kini gemar memakainya kerana percaya mereka boleh menjadi kebal. Rantai mirip kalimah Allah dengan ditambah lambang serampang syaitan itu dijual pada harga sekitar RM 15 hingga RM 20 satu.

Mat Rempit, terutama remaja, percaya rantai itu dapat memberikan keberanian luar biasa selain pendinding daripada kecederaan jika terbabit kemalangan. Kegilaan terhadap tangkal itu mula menular selepas khabar angin berhubung kewujudannya tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia menjadi buruan segelintir kaki lumba motosikal itu.

Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada waktu isu ini timbul, yang diminta pendapatnya ketika ditemui Harian Metro, terkejut berhubung kewujudan rantai tangkal yang mempunyai tulisan seakan kalimah Allah itu. Menurutnya, umat Islam yang memakai rantai seperti itu boleh dianggap syirik kerana menyekutukan Allah.

Sekali imbas memang rantai itu nampak kalimah Allah, tetapi jika diperhatikan betul-betul, ia menyerupai lambang agama lain, " katanya lagi.

Rantai berkenaan secara terang-terangan mempersenda agama Islam dan orang ramai, terutama umat Islam tidak memakainya.

Biasanya ada antara belia Islam memakainya untuk suka-suka seperti golongan penganut Kristian yang memakai salib. Namun, tiada seorang pun menyedari rantai berkenaan dihasilkan khusus untuk menyesatkan golongan belia Islam.

Bukan sekadar itu sahaja.... terdapat juga banyak rantai , gelang dan cincin yang diukir dengan nama Allah yang dijual di pasaran.

Adalah diharapkan kita orang Islam perlu berhati-hati dengan barang-barang hiasan seperti itu kerana takut nanti terpesong akidah. Ayat Al Quran boleh melindungi seseorang hanya jika ia diamalkan dan bukan sekiranya dijadikan hiasan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List