1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, June 23, 2009

Berita Tak Berapa Sedap

Mahu atau tidak mahu kita kena terima kenyataan. Takdir Tuhan kita tidak dapat elak kerana ia adalah dugaan kepada semua insan yang diciptaNya.

Sehari dua ini terdapat beberapa berita yang tidak berapa sedap didengar tetapi kenalah redha dengan kehendakNya.

Saya rasa yang paling menyedihkan kepada peminat seni ialah tentang keadaan pelakon Ide Nerina yang dilaporkan cedera tulang belakangnya selepas terjatuh di kondonya di Persiaran Syed Putra di Kuala Lumpur. Kesan daripada itu besar kemungkinan kakinya akan menjadi lumpuh.

Ida menjalani pembedahan tulang belakang di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan sedang berehat.

Pautan berkaitan


Mstar pula melaporkan Mas Halilah Mas Nayeem, isteri kepada penyanyi Datuk Ahmad Jais telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.21 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Allahyarhamah yang berusia 69 tahun meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis, darah tinggi, jantung dan paru-paru. Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.

Al Fatihah kepada roh Allahyarhamah. Takziah kepada Datuk Ahmad Jais dan keluarga.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan perceraian pelakon dan pelawak, A.R Badul dengan isterinya Muna Liza Basir. Badul telah melafazkan cerai secara tebus talak dihadapan Hakim Syarie, MohdYunus Mohamad sebanyak RM1.

(Proses 'tebus talak' atau 'khuluk' dalam Seksyen 49 memberi peluang kepada isteri untuk menebus talak diri mereka sekiranya suami tidak mentalakkan mereka dengan rela.

Oleh yang demikian, isteri boleh meletakkan perkara ini dalam perjanjian sebelum perkahwinan bahawa beliau boleh menebus diri mereka untuk bercerai sekiranya suami enggan menceraikan mereka. Isteri boleh menyatakan jumlah mengikut persetujuan dengan suami. Di Wilayah Persekutuan, tebus talak dengan membayar RM1 adalah dibenarkan. )-Mstar.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List