1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, July 31, 2009

Paintball dan Mini Olimpik 2009

Hujung minggu ini akan berada di Melaka untuk menyertai pertandingan paintball Liga Kebangsaan MyNPL. Ini kali kedua aku dan team aku akan mengambil bahagian dalam liga. Harapan kami, sekurang-kurangnya dapat memperbaiki ranking dan akan menjadi lebih manis jika dapat naik podium. Kalau naik podium bermakna tahun hadapan kami terpaksa main dalam D3. D3 nanti tentu lebih mencabar kerana pemain ramai dah berpengalaman. Apa lagi dengan usia aku, tentu sukar untuk menandingi pemain yang rata-rata dalam 20an dan awal 30an.

Sejak melibatkan diri dengan permainan ekstrim ini, aku nampak hanya beberapa kerat sahaja pemain yang sudah berusia dan aku tidak pasti sama ada sama usia dengan aku atau lebih atau kurang. Bedasarkan keadaan fizikal mereka, nampak berusia.

Awal malam tadi menghadiri majlis perasmian Temasya Mini Olimpik Malaysia 2009 di Stadium Mini MSN di Bukit Jalil. Ini merupakan temasya julung kali diadakan dan majlis perasmiannya pun dibuat secara sederhana sahaja. Memang beza sekali dengan program-program sukan yang selalunya acara perasmian lebih meriah dari sukan itu sendiri. Malah perbelanjaan untuk majlis pembukaan dan penutup memakan sebahagian besar perbelanjaan mengurus. Kalau MSN boleh mengekalkan keadaan seperti itu, tentu banyak wang dapat dijimatkan dan digunakan ke arah yang lebih menguntungkan peserta yang mengambil bahagian.

Dalam majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek hadir merasmikannya. Simple sahaja. Peserta berbaris di padang tanpa perbariasn lintas lalu. Kemudian bendera kejohanan diarak masuk. Menteri lakukan usapan perasmian dan pembakaran obor. Obor pun moden, tak pakai api tapi nampaklah macam api yang menyala. Macam ni pun dah jimat penggunaan gas. Maklumlah akan menyala hingga 9hb Ogos, iaitu hari terakhir kejohanan.

Tetapi tak tahulah jika MSN akan menyerahkan penganjuran temasya ini kepada negeri di masa akan datang. Pastinya suasana akan berubah kerana lazimnya negeri-negeri akan berlumba-lumba nak menjadi penganjur terbaik.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List