Sudah 15 hari kita berpuasa,bermakna sudah sampai separuh jalan atau kalau memanjat gunung sudah sampai ke puncak. Selepas ini kita akan mulakan perjalanan turun pula. Biasanya selepas 15 hari berpuasa, terasa semakin cepat bulan Ramadhan akan habis. Apa lagi lagu-lagu raya sudah berkumandang membawa kita ke dalam mood nak raya.
Apabila sampai hari ke 15, di rakaat akhir sembahyang sunat witir sebagai penutup tarawikh, imam mula bacakan Qunut. Ramai juga yang terlupa tentang kena baca Qunut itu. Aku pun dulu pernah terlajak. Selepas berdiri semula dari ruku' dan iktidal, bila imam takbir (bukan Take Beer) terus saja turun untuk sujud. Tup-tup terasa orang lain tak sujud. Panggung kepala tengok orang sedang menadah tangan mengiringi bacaan Qunut. Malu memang malu, tapi buat derk je la....... Bangun dan berdiri semula untuk sama-sama baca Qunut. Memang orang lain tentu tersenyum dalam hati.
No comments:
Post a Comment