1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, October 30, 2009

Halloween- Wajarkah Umat Islam Turut Serta?



Perayaan Halloween ini bermula sebagai satu sambutan kuno di zaman Samhain (sebut sow-in) oleh orang-orang Celtic yang tinggal kira-kira 2,000 tahun lalu di sebuah kawasan yang kini ialah Irelend, UK. Mereka menyambut tahun baru mereka pada 1 November. Ia menandakan hari penghabisan musim panas  dan musim menuai dan digantikan dengan musim sejuk yang dikaitkan dengan kematian manusia. 
Orang-orang Celt mempercayai bahawa pada malam sebelum tahun baru itu, sempadan antara alam kehidupan manusia dengan alam kematian menjadi kabur. Pada malam 31 Oktober mereka menyambut  Samhain kerana mempercayai hantu (roh) orang yang mati akan kembali ke alam dunia. Baca selanjutnya............(maaf dalam Bahasa Inggeris)
Wikipedia pula memberikan maklumat berikut:  is an annual holiday celebrated on October 31. It has roots in the Celtic festival of Samhain and the Christian holy day of All Saints. It is largely asecular celebration but some have expressed strong feelings about perceived religious overtones.[1][2][3]
Sambutan Halloween kini sudah menjadi satu aktiviti yang semakin popular di negara kita. Ramai yang tertunggu-tunggu ketibaan hari ini dan promosi-promosi Halloween sudah menjadi seperti promosi perayaan-perayaan lain. 
Masyarakat Malaysia termasuk umat Islam sudah semakin menerima sambutan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun tanpa merasa bersalah bahawa ia merupakan satu sambutan yang tidak ada dalam Islam. Dan kini tidak hairan jika kita dapati umat Islam juga menyambut Hari Halloween yang juga jelas bukannya berasal dari budaya Islam. 
Sesedar saya tidak terdengar lagi atau terbaca ulama atau pembimbing agama mengeluarkan kenyataan tentang orang Islam yang turut menyambut Halloween yang bersamaan dengan All Saints Day bagi agama Kristian. 
Bukan kesalahan bagi penganut agama lain untuk merayakan festival mengikut kepercayaan agama mereka. Cuma apa yang dikesalkan ialah umat Islam yang terikut-ikut dengan budaya mereka

2 comments:

Murni Alfathunnisa said...

org islam x sepatutnya menyambut halloween...sudah terang lagi bersuluh, bukan perayaan kita.

Anonymous said...

sebagai orang Islam kita patut sedarkan agar orang Islam tidak terikut-ikut menyambut malam Halloween itu.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List