Dah sahlah nampaknya tahun ni tak ada bonus bagi kakitangan kerajaan. Malam tadi kat TV ada Najib tu cakap CEUPACS asyik-asyik nak minta bonus je. Najib cakap it is morally wrong for CEUPACS to make such a request when the Government is making efforts to ride out the clobal economic crisis.
Kalau masa kita minta dia cakap it is morally wrong, tapi masa dia orang membazir tanpa faedah tidak pula salah secara moral. Tengok sahaja berapa banyak pembaziran berlaku sewaktu beberapa pilihanraya kecil sejak tahun lepas. Bukankah pembaziran bila kakitangan kerajaan dikerahkan untuk membantu berkempen dalam pilihanraya kecil untuk memenangkan BN. Kakitangan kerajaan yang dikerahkan itu bukan pergi free. dapat elaun itu ini. Kepada kakitangan yang dapat elaun hasil dari kerahan itu, tak kisah, itu rezeki mereka. Tapi pembaziran telah berlaku di pihak kerajaan. Adakah duit BN digunakan untuk membayar kakitangan kerajaan dan penggunaan kenderaan serta barang-barang kerajan untuk kepentingan BN sahaja. Sudah semestinya itu duit dari Jabatan di mana kakitangan berkenaan bertugas.
Kita juga banyak membazir dengan upacara-upacara yang membuang masa dan tenaga. Apakah tidak buatboleh majlis dengan ringkas sahaja tanpa melibatkan tari menari, jemput penyanyi dan artis, pertunjukkan-pertunjukkan itu ini hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada VIP. Sedangkan hadirin yang terlibat hanya dapat hampeh je seperti makan nasi bungkus. Pemimpin pula makan di meja VIP dengan hidangan yang jauh lebih special dari rakyat. Inilah yang dikatakan rakyat didahulukan kalau kita nak faham.
Dah melalut pula. Jadi dah sahlah tak dapat bonus. Maknanya bagi ibu bapa yang mengharapkan bonus untuk menguruskan pembyaiaan anak-anak ke sekolah terpaksalah cari dari sumber lain. Hadiah yang diberikan sebanyak RM500 tu pun tidak dapat membantu golongan berpendapatan rendah. Apa tidaknya dah tinggal RM250 sahaja. Sah sekali pergi sekolah anak dah luncai duit tu. Ooooo....rakyat didahulukan.
No comments:
Post a Comment