Bagaimanakah seseorang blogger itu boleh menjadi terkenal? Ada banyak cara dan kaedah untuk melakukannya dan bagi syarikat penjana iklan di blog, Nuffnang mempunyai cara tersendiri untuk mempopularkan blogger-blogger ternama di Malaysia. Nuffnang telah melancarkan satu program yang dinamakan sebagai Project Alpha dengan taglinenya 'Uncovering Malaysia's Top Blogger'. Melalui projek ini, Nuffnang telah memilih seramai tujuh orang blogger tempatan untuk diperkenalkan melalui beberapa aktiviti yang mereka susun. Inilah logo Project Alpha Season I.
Seperti musim lalu seramai 7 orang blogger terkenal dipilih untuk menyertai musim kedua ini
yang terdiri daripada Niki Cheong , Cheesie , Gareth Davies , KY (KY speaks), Ninie Ahmad , Joe Lee (klubbkidd) dan Azwan Ali. Saya telah mengikuti perkembangan program ini melalui laman-laman web resmi Nuffnang, Facebook dan juga Twitter disamping blog-blog peserta itu sendiri yang ditulis dari semasa ke semasa. Misalnya Niki Cheong telah membuat posting dalam blognya. Program musim kedua ini sudah ada laman web resminya dan boleh dilihat DI SINI. Seperti pada musim pertama, musim ini ia masih lagi dihoskan oleh Jojo Struys.
apa yang hendak ditonjolkan melalui program ini ialah
Projek musim pertama dilaksanakan pada bulan September 2009 dengan memperkenalkan tujuh orang blogger popular juga iaitu Kenny Sia, Audry Fourfeetnine , Beautifulnara, Budiey, Sixthseal, Nicolekiss dan redmummy .
Pada musim lepas Project Alpha menganjurkan peraduan menulis blog untuk memperkenalkan blogger-blogger yang mengambil bahagian. Bagi aku sememangnya ada kenangan manis memenangi beberapa hadiah disamping dapat mengenali blogger-blogger yang terkenal. Berikut hadiah-hadiah yang aku menangi di musim lalu:
Minggu Pertama Tempat Keempat
Minggu Ketiga Tempat Kesepuluh
Minggu Kelima Tempat Pertama
Minggu Keenam Tempat Kelima
Hadiah-hadiah telah ditaja oleh Adidas Action 3 selaki penaja utama, Rimmel of London (penaja mekap resmi), Sunway (Penaja Lokasi resmi), Ministry of Sound (penaja venue resmi) dan Montagne Juenesse. Sementara itu Hitz.FM telah menjadi rakan media resmi.
Jika anda masih rindu untuk menonton kembali episod-episod yang memaparkan blogger terkenal musim lepas sila KLIK SINI.
Sebelum diadakan Project Alpha, di antara tujuh orang yang aku ketahui ialah Kenny Sia, redmummy dan nicolekiss kerana aku mengikuti blog mereka. Walaupun aku ada juga terjumpa blog Sixth Seal sebelum itu, aku tidak mengikuti dengan dekat dan setelah projek ini barulah aku semakin jinak dengan blognya. Sementara itu budiey, beautifulnara dan audrey adalah blogger yang dikira baru aku kenali.
Nuffnang telah berjaya mengetengahkan blogger-blogger kepada masyarakat dan taglinenya yang diterjemahkan sebagai mendedahkan top blogger Malaysia bagi aku boleh dianggap berjaya.
Antara episod yang menarik dan mendapat perhatian ramai pengikut program Project Alpha ialah dalam Episod 2 Budiey dimana diadakan pertandingan antara dua orang blogger hiburan iaitu Budiey dan Beautifulnara. Pertandingan itu telah mencabar keberanian kedua-dua blogger tersebut untuk melakukan aksi-aksi yang boleh dianggap agak ekstrim. Satu daripadanya ialah pertandingan menaiki reverse bungy di mana Beautifulnara mengaku kalah sebelum pertandingan lagi dan dia gantikan tempat itu dengan teman wanitanya untuk bertanding dengan Budiey.
Apa menariknya? Adakah Budiey boleh dianggap menang? Jika dia mengatakan dia menang, Azuan Beautifulnara boleh kata dia hanya menang dengan seorang wanita. Hahahahaha............. Tetapi bagi Budiey mungkin dia akan mengatakan dah takut, teman wanita pun sanggup dikorbankan. Walau apapun episod pertandingan itu memang menghiburkan. Mereka kemudian bertanding pula mencuba keberanian dalam melayari flying fox.
Project Alpha musim pertama juga bagi saya telah membuka mata sebahagian besar pembaca tentang Sixth Seal. Dalam episod kedua yang dirakam, JojoStruys telah menyebut, "....he's a notorious blogger. He's got rather dark history..." Dalam episod ini dan episod ketiga, Sixth seal telah membuka lembaran sejarah hitam hidupnya yang menjadi seorang yang terjerumus dalam dunia dadah, merengkuk di pusat tahanan dan kemudian berubah sehingga hari ini menjadi seorang yang terkenal di dalam dunia penulisan blog. Laluan hidup Sixth Seal itu wajar dijadikan contoh dan ikutan oleh para belia di Malaysia khususnya bagaimana seseorang itu boleh melawan nafsu kejahatan dan kemusnahan apabila terjerumus dalam dunia penagihan dadah dan kemudiannya reformkan dirinya untuk menjadi seorang manusia yang baik dan 100% peratus berubah. Namun apa yang pasti ialah Jauhi Dadah.
Saya ternanti-nanti juga Project Alpha musim kedua ini dengan harapan ada peraduan seperti pada musim yang lalu. Hari ini setelah membaca blog kancil biru saya mendapat tahu bahawa Project Alpha telah melancarkan peraduan Instant Cash Blogging dan minggu pertama sudah berjalan. Peraduan ini bertujuan mengajak blogger memperkenalkan Projek Alpha ini dan usahanya dibayar. Setiap minggu satu topik baru yang berkaitan Project Alpha diberikan untuk diblog. Setiap blog akan dibayar RM20 melalui kredit ke dalam akaun Nuffnang masing-masing.
Setiap posting hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 200 patah perkataan dan posting anda itu hendaklah berakhir dengan Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
(Project Alpha Musim ke2 dipersembahkan oleh Adidas Action 3 dan disokong oleh P1 dan MAS.)
No comments:
Post a Comment