1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, July 31, 2010

Imam Muda - Juara Pertama : Muhammad Asyraf Muhammad Ridzuan

Musim pertama Imam muda yang disiarkan menerusi Astro sudah menutup tirainya dengan mentauliahkan (......serta kad pertauliahan daripada Jawi ) Imam yang terbaik di kalangan peserta yang mengambil bahagian. Muhammad Asyraf Muhammad Ridzuan dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang mengalahkan peserta-peserta yang lain yang juga tidak kurangnya sama hebat. 
(Gambar dipetik dari mStar online)
Pertandingan akhir program realiti ini dah selesai. Dijalankan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 

Rancangan melahirkan lebih ramai iman pelapis ini adalah merupakan sesuatu yang patu diberikan pujian. Walupun ia mempunyai unsur-unsur selebriti, tetapi pada pandangan saya akan mendorong lebih ramai anak muda untuk mencuba nasib menyertainya dan di akhir nanti kita akan dapat melahirkan lebih ramai generasi Imam pelapis. Semoga Muhammad Asyraf akan menjadi idola kepada anak-anak muda lain untuk menarik mereka ke jalan agama Allah. 

Laporan mStar

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List