Aku sedang berada di hadapan lif untuk turun ke surau bagi menunaikan sembahyang Isya dan kemudian Tarawih. Apabila pintu lif terbuka terkejut juga apabila melihat empat orang anak muda berketurunan India di dalam lif dan mereka melangkah keluar. Terkejut kerana di tingkat yang aku tinggal malah blok yang aku tinggal, tidak ada penghuni India. Rupa-rupanya mereka adalah pembantu banci yang sedang bertugas membanci penduduk sempena proses Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 dari 16 Julai hingga 22 Ogos 2010.
Aku menyangka bahawa kami tidak akan kena banci kerana tarikhnya sudah pun hampir ke penghujungnya. Tapi rasa lega kerana telah dapat memberikan kerjasama untuk proses bancian ini walaupun maklumat yang diperolehi dariku tidak memadai. Mungkin kerana aku dalam keadaan tergesa-gesa (terlepas Isya' berjemaah kerana melayan mereka) atau pembantu banci sudah keletihan dan sudah sampai tahap tenaga dan fikiran mereka tepu dengan proses bancian ini.
Maklumat yang diperolehi dariku hanyalah nama dan jumlah isi keluarga, pendapatan seisi rumah, pekerjaan dan pemilikan kenderaan. Aku rasa itu bukan meliputi kesemua apa yng hendak dibanci kerana semasa proses banci beberapa tahun lalu, lebih banyak maklumat yang diminta dari aku sekeluarga. Tak tahulah sama ada bancian ini akan dapat memberikan maklumat lengkap.
No comments:
Post a Comment