1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, August 23, 2010

Nauzubillah, Orang Melayu Rupanya

Nauzubillah minzalik! 
Pada mulanya rakan sepejabatku telah menyebut tentang sebuah blog yang menghina orang berpuasa kerana penulis blog itu sendiri tidak berpuasa. Aku pun cuba mencari blog berkenaan tetapi search yang aku buat tidak menemui blog berkenaan. Lalu rakanku itu menghantar satu email rantaian surat yang sudah berlegar itu. Rupanya ia mula dikesan di dalam Facebook dan dari situlah alamat blog lelaki berkanaan dijumpai. 

Mungkin kerana menyedari dia sudah menjadi popular overnight hasil menghina ibadah agama Islam, dia menutup blognya dan kini kedua-dua blognya yang buatkan link pada Facebooknya sudah tidak dapat dicari lagi. 

Sedih ada sakit hati ada dan naik menyampah dengan lelaki itu juga ada. Di bulan baik ini, kebesaran Allah Ta'ala telah membongkar satu penghinaan oleh orang Islam sendiri terhadap agamanya sendiri. Sesungguhnya Inalillah hi Wa Inna lillahi rojiun.

Mengucap panjang apabila membaca wall post dalam Facebook dan juga blog lelaki berkenaan yang sudah di archive. Syukurlah ada yang sempat buat archive laman-laman berkenaan sebagai bukti penghinaan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri. Semoga ia menjadi tauladan kepada kita bahawa tidak semestinya musuh Islam yang menghina agama kita sesuka hati, tetapi orang kita juga ada yang bermulut celupar dan kurang ajar. Aku bermohon kepada Allah agar dapat diberikan petunjuk kepada manusia-manusia yang menzalimi agama sendiri supaya insaf dan bertaubat.  

Jika anda sanggup melihat penghinaan lelaki berkenaan, kliklah link di bawah. Saya yakin, jika ada keimanan di dada anda, pasti anda juga akan mengucap panjang. Ya Allah, jauhilah aku dari sifat-sifat mungkar ini. Amin. 


1 comment:

Hamli Sanai said...

Hurmmm, melayu pun dah mcm2 skrg neh~~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List