1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, August 24, 2010

Nostalgia Nasi Daun Pisang

Tiba-tiba ternampak pic yang membawa nostalgia ni di dalam Facebook seorang kawan. Terus teringat nak buat posting blog ini. 
Hari ini kalau cakap nasi daun pisang, pasti akan terbayangkan kedai mamak yang menghidangkan nasi di atas daun pisang yang lebih dikenali sebagai Banana Leaf Restaurant. Dulu zaman plastik dan tupperware belum lagi mengusai pasaran, daun pisang adalah merupakan pembungkus utama untuk makanan, khususnya nasi. Bila tengok gambar ini maka terkenangkan masa emak aku akan bungkus nasi dalam daun pisang untuk dibawa bekal pergi ke sekolah. Ada sekali tu, aku terpaksa pergi ke Pulau Pinang dari Alor Setar untuk menguruskan permohonan pasport antarabangsa. Awal-awal pagi lagi mak aku bangun untuk sediakan nasi bungkus untuk aku bawa bekal dan makan semasa di Pulau Pinang. Masa itu aku makan kat gerai yang terletak di dalam kawasan Fort Cornwallis. Gerai-gerai tu sekarang dah tak ada lagi. Dah tutup dah. 
Nasi yg dibungkus daun pisang menimbulkan bau yang cukup menyelerakan.
Nasi yang dibungkus dalam daun pisang memang menimbulkan bau wangi yang istemewa yang tak boleh dibangkitkan oleh plastik. Lain baunya nasi bau plastik dan bau daun pisnag ni. Itulah keistemewaan bahan semulajadi anugerah Allah S.W.T.                                                
Sekarang trend nasi lemak yang dialas dengan daun pisang sudah semakin mendapat tempat. Walaupun tidak keseluruhannya dialas oleh daun pisang tetapi sekurang-kurangnya daun pisang yang dipanaskan oleh nasi membangkitkan bau yang menyelerakan. 
Tetapi sekarang sudah ada pula daun pisang yang tidak langsung membangkitkan baunya. Macam ni ha........
Enhanced by Zemanta

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List