Hari ini sudah 15 hari umat Islam berpuasa. Hanya tinggal 15 hari saja lagi dan ini menunjukkan kita sedang dalam perjalanan menuruni bukit setelah berada di kemuncak. Malam tadi juga semasa rakaat terakhir Witir sudah dibacakan Doa Qunut. Pasal baca doa Qunut mulai malam ke 15 ini, tentu ramai yang tersilap. Selepas sahaja berdiri dari roko' , ramai yang akan turun untuk sujud. Aku pun pernah mengalaminya. Bila dah sujud, terasa orang lain tidak sujud. Angkat kepala rupanya org tengah tadah tangan untuk berDoa Qunut. Tentu ramai yang terkena kan? Tapi, OKlah, selepas ini tak akan terjadi lagi lah kot.
Rupa-rupanya dah nak habis puasa Ramadhan tahun ini. Ramai jugalah yang tidak akan jumpa Ramadhan tahun hadapan. Jadi kepada kita yang masih berkesempatan beribadat dalam bulan Ramadhan tahun ini, pulunlah.
Ramai yang dah berkira-kira naka balik kampung. Cuti tahun ini kuranglah sikit diambil sebab Aidil Fitri dijangka jatuha pada hari Jumaat dan Sabtu. Jadi, Raya ketiga pun masih lagi cuti bagi negeri-negeri yang cuti mingguannya pada hari Ahad.
No comments:
Post a Comment