1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, September 05, 2010

BookFest@Malaysia 2010

Petang tadi pergi pesta buku yang diadakan di KLCC. Ia didakwa sebagai pesta buku terbesar di Asia yang melibatkan penerbit-penerbit dari Malaysia, Taiwan dan Hong Kong. 

Pameran buku-buku dan alatulis meliputi 5 dewan yang aku rasa sama dengan PIKOM PC Fair. Daripada 5 dewan itu, hanya dua dewan sahaja mempamerkan buku-buku dari penerbit Malaysia dan buku berbahasa Melayu hanya mengambil sedikit ruang sahaja. Sedih juga rasanya dengan nasib buku-buku berbahasa Melayu ini.

Di satu sudut yang dinamakan sebagai The Secret Garden, sewaktu aku berada di sana ialah temubual dan sesi tandatangan oleh penulis Datuk Zaid Ibrahim dengan bukunya I, Too, Am A Malay. IMG_5212Apa yang menariknyanya ialah majoriti pendengarnya merupakan pengunjung berketurunan Cina. Saya tidak nampak orang Melayu (entahlah kalau terlindung). Ini menjadi persoalannya yang juga disebut oleh Datuk Zaid dalam wawancaranya itu dengan menyindir, mungkin ada satu lagi pesta buku di tempat lain.

Saya tertarik dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Zaid:

Utusan Malaysia is the worst newspaper in the world. Baginya Utusan Malaysia lebih kepada membangkitkan masalah kepada orang Melayu dan bukannya hendak membantu untuk mencari punca dan menyelesaikannya. Saya bersetuju dengan pendapat Datuk Zaid bahawa sejak Merdeka orang Melayu asyik di sogokkan dengan masalah dan sebab itulah masyarakat Melayu tidak bergerak maju. Orang Melayu sepatutnya sedar bahawa tidak ada sesiapa yang hendak mengambil haknya kerana ianya sudah termaktub di dalam Perlembagaan.

Pemimpin-pemimpin Melayu terus menyogok Melayu dengan Fasal 153 Perlembagaan dan sentiasa berjuang hendak menuntut hak yang sudah dijamin itu. Sepatutnya orang Melayu bergerak ke hadapan dan lupakan tentang menuntut hak di bawah Fasal 153 itu. Orang Melayu dan lain-lain bangsa yang ada di Malaysia sebenarnya tidak perlu bimbang dengan hak dan keadilan. Atas sebab adillah, maka setiap rakyat dibekalkan dengan satu undi dalam memilih pemimpin.

Beliau juga mendedahkan bahawa masyarakat yang berjaya ialah masyarakat yang membaca dan mengambil contoh apa yang berlaku pada 400 tahun yang lampau di mana orang Islam telah berjaya menguasai hampir seluruh Eropah kerana mereka berilmu hasil dari pembacaan. Orang Arab di zaman itu banyak membaca hasil penulisan penulis-penulis Greek dan kesan dari pembacaan itulah maka perpustakaan terbesar di dunia di Iraq pada satu masa merupakan perpustakaan terbesar di dunia. Kemudian selepas zaman itu, orang Islam sudah mula kurang membaca dan mulalah saat kejatuhan Empire Islam.

Begitu juga dengan orang Melayu, jika hendak membaca, mesti mengubah sikap dengan banyak membaca. Seorang hadirin berbangsa Cina telah bertanya bagaimana sikap tidak minat untuk membaca boleh diubah di kalangan rakyat Malaysia, khususnya Melayu itu. Datuk Zaid dengan selamba menjawab pertama sekali angkatlah Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Malaysia dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin. Beliau menyambung bahawa sikap itu perlu diubah dari atas iaitu melibatkan pembuat dasar. Apa yang berlaku ialah pembuat dasar tidak serious dalam mengalakkan rakyat membaca. “If we have mediocre leaders we will produce mediocre citizens”. Orang Melayu lebih banyak memperjuangkan hak daripada mencari jalan bagaimana hendak maju. Mindset ini masih lagi berada di dalam minda orang Melayu sejak Merdeka lagi.

Berbalik ke Pesta Buku, rata-rata harga buku adalah murah berbanding harga biasa di kedai-kedai buku disamping tawaran-tawaran menarik. Mungkin masanya tidak kena bagi orang Melayu kerana prioriti sekarang ialah untuk persiapan Hari Raya Aidil Fitri.

Saya memerhati sekeliling………pengunjung yang rata-ratanya dari masyarakat Cina datang dengan keluarga dan ini secara tidak langsung menanamkan minat membaca kepada anak-anak. Saya pun walaupun tidak membeli apa-apa dapat juga memberi peluang kepada anak saya untuk membelek buku yang dipamerkan secara percuma. 

1 comment:

Anonymous said...

TAMBAHAN
PAMERAN INI BERLANGSUNG DI KUALALUMPUR CONVENTION CENTRE DARI 4-12 SEPT 2010 10.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM. MASUK RM 2.00 UNTUK DEWASA. PELAJAR BAWAH 18 TAHUN DAN WARGA EMAS 60 TAHUN KE ATAS PERCUMA

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List