1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, January 23, 2011

Red Mummy - Blogger - LHDN dan RM1 juta

Betul kata sumijelly dalam blognya ramai blogger akan beli Berita Minggu hari ini. Aku pun yang tak pernah beli Berita Harian @ Berita Hairan sejak 1998 dulu kerana memboikotnya, hari ini beli senaskah, walaupun rasa rugi RM2.00 kerana terpaksa membelinya. Sebab utama bukan nak baca tentang penamaan calon di Tenang tetapi pasal dapat tahu seorang blogger popular, Redmummy di frontpage. Satu penghormatan untuk RM dan blogger. Kena frontpage sebab populariti bukan kerana melakukan sesuatu yang tidai senonoh.

Tetapi tajuk yang dihighlight oleh BM itu, "Blogger untung RM1 juta" telah di blown out of proportion dan memberikan gambaran  palsu kepada blogger dan bakal blogger. Sehinggakan anak saya yang di dalam Darjah 6 pun teringin nak tulis blog selepas tengok tajuk tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada RM kerana dapat penghormatan seperti itu dan ia sememamgnya membanggakan blogger yang lain serta doleh menaikkan nama blog sebagai satu lagi alternative untuk menambah pendapatan sampingan.

Memang benar ramai blogger yang boleh menjana pendapatan sampingan melalui blog masing-masing, malah ada yang boleh hidup dengan menulis blog secara sepenuh masa dengan pendapatan lebih banyak dari pekerja di pejabat. Itulah yang dikatakan bakat yang dianugerahkan oleh Allah kepada makhluknya kepada sesiapa yang dikehendakkiNya.
Nicholas Tay dari Syarikat penjana iklan internet melalui blog, Nuffnang, mendedahkan bahawa blog yang popular boleh menjana pendapatan yang tinggi. Memang benar tetapi ianya tidak semudah yang didengar. Ada blog yang memakan masa berbulan-bulan atau bertahun sebelum memperolehi sejumlah minima wang yang melayakkan blogger itu mengeluarkan wangnya.  Ada beberapa kriteria lain yang membolehkan seseorang blogger itu mendapat hits yang tinggi. Malah bukan semua pelawat yang melawat blog akan klik pada iklan yang dipaparkan oleh penjana iklan online itu. Jika tidak ada orang klik maka, tidak adalah pendapatan. Saya sendiri pun dah hampir setahun satu sen pun tak masuk dalam akaun selepas kali terakhir mengeluarkan wang terkumpul; itupun tak cukup untuk beli makan sekeluarga untuk seminggu.

Berbalik pasal pendapatan dari blog juga kena declare Cukai Pendapatan aku copy n paste maklumat ini dari blog sumijelly, mana tahu kot-kot pembaca malas nak click link ke sana. Sememangnya semua bentuk pendapatan (kecuali yang dilepaskan) memanglah dikenakan cukai. Dah namanya Cukai Pendapatan, jadi hasil menulis blog juga adalah pendapatan. Namun demikian bagi penulis blog yang tidak menjana pendapatan beribu-ribu sebulan janganlah bimbang dikenakan cukai kecuali pendapatan itu selepas dicampurkan dengan pendapatan lain dan sampai ke jumlah yang dikenakan cukai.
facebook
 Sebenarnya isu pendapatan hasil menulis blog perlu diisytiharkan kepada LHDN, tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang merunsingkan para penulis blog. Apa yang kita harapkan dan berdoa kepada Ilahi agar dibuka hati Menteri Kewangan satu hari nanti akan mengumumkan di dalam belanjawanan di Parlimen bahawa jumlah pendapatan tertentu hasil berblog dikecualikan cukai. Ini kerana hasil blog adalah hasil seni dan kreatif. Kalau hasil seni lain boleh ada ruang untuk dikecualikan daripada dikenakan cukai, mengapa tidak hasil kreatif dari penulisan blog. Takkan handbag berjenama je yang dikecualikan cukai (jangan marah RM, itupun jika terbaca blog ini.)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List