1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Tuesday, July 19, 2011

Ceramah Tentang ICT Untuk Sukan

Selesai sudah mengikuti bengkel Training of Trainers untuk bakal penceramah Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK). Bengkel dua hari itu telah diadakan di Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur.

 

Aku sendiri sebagai salah seorang ahli dalam panel penggubal hari ini telah membentangkan topik yang aku ditugaskan iaitu Penggunaan ICT Dalam Pengurusan Sukan.  Pembentangan powerpoint presentation untuk hari ini adalah merupakan apa yang telah disampaikan semasa kursus pilot KPSK yang diadakan di Majlis Sukan Negara pada bulan April yang lalu.

Apa yang dibincangkan melalui topik ini ialah ‘end-user’ application untuk membolehkan para pengurus dalam sukan menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut untuk membantu dan memudahkan mereka menjalankan tugas mentadbir sukan kelak. Topik ini membincangkan tentang penggunakan applikasi ofis yang meliputi Word Processing, Database dan Powerpoint. Disamping itu peserta kursus kelak akan digalakkan menggunakan laman media sosial untuk memmbantu. Media-media sosial yang menjadi the in-thing hari ini dan boleh digunakan untuk tujuan pengurusan dalam sukan ialah seperti Facebook, Tweeter, Foursquare, Youtube dan sebagainya. Peserta kursus kelak akan diterangkan tentang kelebihan menggunakan aplikasi media sosial ini dalam pengurusan. Peserta juga nanti akan digalakkan mengujudkan sudut Small Office Home Office (SoHo) untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih profesional kerana ada environment pejabat.

Sesi praktikal untuk peserta kelak ialah bagaimana hendak membina blog kerana blog adalah lebih versatile dan fleksibel berbanding laman web biasa. Berdasarkan kursus pilot yang lepas, peserta berjaya membina dan publish blog semasa praktikal.  

Hujung bulan Julai ini pula aku akan mengendalikan satu kursus membina blog di Kuala Lumpur.

Kini selepas beberapa tahun semasa perkhidmatan aku memberi ceramah tentang Sains Sukan kepada jurulatih, kini aku akan memberi tumpuan kepada bidang ICT pula. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List