1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, July 21, 2011

Nak Memang iPad2 di Internet - Anda Akan Ditipu

Tiba-tiba satu pop up muncul pada skrin saya memberitahu bahawa saya adalah antara pelayar internet di kawasan Ampang yang terpilih untuk satu worldsurvey 2011 dan berpeluang memenangi sebuah iPad 2. Siapa tak nak menang iPad 2 yang sedang menjadi kegilaan ramai orang ini. 


Paparan yang yang mula-mula muncul, saya ingat satu kajian dari You Tube kerana logonya betul-betul macam You tube. Setelah saya masuk ke laman kedua baru perasan yang ianya bukan You tube tetapi Thank You. You itu dimasukkan dalam latar belakang merah berbentuk skrin Tkomputer sama seperti You Tube. 


Soalan yang diberikan memang mudah dan semua orang boleh menjawab dengan tepat. Saya menjawabnya dan jawapan itu betul. Saya diberikan pilihan sama ada hendak memenangi Apple Mac Air, iPhone atau iPad 2. Saya memilih untuk memangi iPad 2. Kemudian daya di bawah ke laman ini dan diarahkan memasukkan nombor telefon saya. 
Selepas dikehendakki memasukkan nombor telefon, di bawah nya ada disclaimer yang memerangkap pengguna berbunyi seperti ini (lihat bulatan yang saya tandakan,

Anda akan terperangkap dan kehilangan kredit telefon anda dengan sia-sia jika tidak berhati-hati dan membaca disclaimer itu. Setelah mendapati klausa "I will receive 3-4 SMSes per week and each sms is RM3." saya tidak memasukkan no telefon bimbit saya dan menamatkan peraduan itu di situ. Ini bermakna pengguna akan dikenakan bayaran maksima RM12 seminggu untuk menerima SMS yang tidak berfaedah itu. Sedangkan belum tentu anda akan dapat memenangi iPad yang dijadikan umpan itu. 

AWAS!! Jangan terperangkap dan tertipu dengan tawaran-tawaran yang menggunakan shortcode yang dihantar ke telefon bimbit anda. 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List