1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, July 30, 2011

Nak Cerita Pasal Naik LRT MyRapidKL

Sabtu terakhir sebelum Ramadhan. Ramai yang keluar KL untuk membeli belah mungkin. Baca dalam Twitter, jalan masuk ke pusat bandaraya sesak teruk. Pergi KL dengan LRT tak beramai ramai sangat tetapi masa balik sesak.

Tak pernah tengok kat stesen LRT Hang Tuah penumpang berbaris sampai ke laluan di luar stesen. Semua kaunter buka. Tapi ada yang tidak tahu bahasa potong Q dan buat baris baru untuk menggunakan kaunter yang sama iaitu Kaunter 3. Apa tidak bengang, kita berbaris dari belakang, mereka yang tidak tahu bahasa ni terus saja pergi ke kaunter dan membeli tiket. Petugas menjual tiket itu pun bagai mengalakkan pula dengan melayan mereka yang tidak berbaris. Polis bantuan pula asyik bersembang di get. Sepatutnya bantu mengurus penumpang yang berbaris panjang itu.

Saya ada tweet dua kali dan harap MyRapidKL membaca tweet saya dan mengambil tindakan sewajarnya di masa akan datang. Jika tidak ada sesiapa yang baca twit itu, baik MyRapidKL tak usah ada akaun twitter.

Di platform pun ramai dah menunggu. Sebaik sahaja turun terus tren untuk Seri Petaling tiba. Macam biasalah, rakyat Malaysia mana tahu berbaris. Berebut nak naik tren. Dah tu ada seorang perempuan ni, pakai baju korporat (tak tahu pekerja mana) berdiri di pintu dan apabila penumpang yang berasak-asak masuk mengeselnya, dia melenting marah. Perempuan ni pun tak tahu bahasa juga. Pintu untuk penumpan keluar masuk bukan tempat berdiri. Nak kata bangang, dia ada pekerjaan dan bila pakai baju korporat, tentu kerjanya pun ada status juga.   

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List