1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, August 07, 2011

Mee Tarik Warisan Asli

Ini satu menu lain dari yang lain yang terdapat di Pasar  Ramadhan Seri Petaling. Tak pasti sama ada di Pasar ramadhan lain pun ada, tapi setelah beberapa tahun mengunjungi tempat ini, baru tahun ini nampak peniaga Cina Islam menjual Mee Tarik. Apa yang lebih menarik ialah melihat kemahiran tukan tarik mee memintal dan menarik mee dari adunan tepung sehinggalah menjadi mee yang direbus dan siap untuk dijual.

Pasar Ramadhan Seri Petaling terletak di Jalan Radin Anum, salah satu jalan utama di Bandar Baru Seri Petaling. Bagi mereka yang pertama kali hendak ke Seri Petaling, landmark tempat ini ialah SRK Seri Petaling, Pusat Komuniti Seri Petaling dan Mesjid Jamek (Mesjid Tabligh).

Mee tarik ini adalah dalam bentuk sup dan perencah supnya ialah sos hitam bercampur bijan, daging rebus dan baby kailan rebus.

Di Pasar Seri Petaling ianya dijual pada harga RM 5.00 satu paket.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List