1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Wednesday, August 10, 2011

AWAS! PERANGKAP TELEFON BIMBIT

Saya sudah membuat posting ini sebelum ini dan kini mengulangnya dengan paparan laman yang lengkap dari awal hingga akhir.

Semasa membuka salah sebuah laman blog, apa yang dipaparkan ialah satu iklan yang jika sekali imbas seolah-olah seperti You Tube. Lihat foto di bawah.

penipu

Ia merupakan satu peraduan mudah yang menawarkan hadiah yang berupa alat komunikasi dan menjadi kegemaran orang ramai pada masa ini. Semua produk itu adalah dibawah jenama Apple. Apabila menekan Start Now, soalan pertama  

penipu1

Mudah bukan? Sekarang soalan kedua

penipu1a

Pun mudah juga. Pejam mata pun anda boleh pilih. Sekarang soalan terakhir

penipu1b

Walaupun anda menjawab Hate them, jawapan anda tetap betul dan anda bolehlah memilih hadiah mengikut selera dan citarasa anda seperti di bawah

penipu1c

Selepas itu anda akan ditanya satu lagi soalan dan jika anda memberikan jawapan yang salah page ini tidak akan berubah.  

penipu1d

Jika jawapan anda betul, anda akan dibawa ke laman ini dan anda perlu memasukkan nombor telefon bimbit. Saya cuba masukkan nombor yang salah tetapi sistem tidak menerimanya kerana ia akan verify dahulu.

penipu1f

Jika anda berangan-angan untuk memenangi hadiah pilihan anda itu, sila baca dahulu Syarat-syarat yang disertakan seperti di bawah ini. Kredit telefon anda akan susut dengan cepat jika anda menghantar nombor telefon anda. Ia satu perangkap dan belum tentu anda akan memenangi hadiah pilihan anda itu.

penipu1e

This is a Djugo service. Djugo is not affiliated with, sponsored by or endorsed by any of the listed products or retailers. Trademarks, service marks, logos, (including, without limitation, the individual names of products and retailers) are the property of their respective owners. |You will be charged for all questions received by you (save for marketing SMS) including the first question is chargeable at RM4.00. | By answering a question, you will trigger the next question also chargeable at RM4.00 per question received by you.| Answer as many questions as possible to accumulate highest score at campaign closing date to win the prize.| No additional chargeable question will be sent if you do not answer the previous question. | There is no maximum amount of questions to be answered |Additional data and SMS charges may apply | Age: 18+ only - ask bill payer's permission | Helpdesk: 03 – 2175 4700 (9.30am – 5.30pm (Mon – Fri) | By sending an SMS to 36166, you acknowledge that you have read and understood the ‘General Terms & Conditions’ and agreed to be bound by these 'General Terms & Conditions'. | Closing date of the campaign: Wednesday, 8 February, 2012, 11:59 pm +8GMT. | Service Provider: Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd.
General Terms & Conditions | Contact

JANGAN TERTIPU DEK PERANGKAP HALUS INI

Di bawah ini ialah peraduan yang sebelumnya yang saya cuba sehari sebelum untuk tujuan membuat posting ini.

 

penipu2

penipu4

penipu6penipu5

penipu3

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List