1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 - Hadir!

Hari ini aku telah menjalankan tugas sebagai seorang rakyat Malaysia dengan hadir di perhimpunan BERSIH 3.0. Dalam semua perhimpunan sebelum ini aku hanya menyokong dari jauh tetapi hari ini Allah membuka hatiku untuk hadir di lokasi.

Bertolak dari rumah selepas solat Zohor dan anak bongsu cakap nak ikut. Aku tahu dia keletihan dan kalau tidak ikut pastinya tidur sampai ke malam. Pada mulanya terasa berat juga untuk bawa dia kerana bimbang bila ada tindakan ganas polis seperti dalam demo sebelum ini, susah aku nak jaga keselamatannya. Tetapi akhirnya aku bersyukur kerana membawa dia sebab dia dapat belajar erti perjuangan.

Seperti biasa pergi ke KL tidak bawa kereta. Lagipun hari ini kebanyakan jalan masuk ke KL pasti ada 'road block'. Semasa sampai ke Jalan bersebelahan Vista Komanwel, nampak banyak kereta parking sepanjang jalan. Biasanya tidak banyak seperti itu. Jalan berhampiran dengan stesen LRT Seri Petaling pun sama juga. Pasti peserta BERSIH yang tinggalkan kereta di situ. Sama seperti aku. Sememangnya jangkaan aku tidak meleset sebab semasa balik selepas perhimpunan BERSIH 3.0 hanya tinggal kereta aku sahaja di Jalan sebelah Vista Komanwel itu.

Semasa berada di dalam LRT macam biasa sahaja. Namun apabila tiba di Stesen Plaza Rakyat baru ada sedikit sensasinya bila nampak dua orang anak muda berketurunan Cina naik dan mereka memakai baju T BERSIH 3.0. Selepas itu suasana perhimpunan semakin terasa. Apabila tren melepasi Pudu Raya, di atas jalan ramai orang yang berbaju warna kuning di kiri kanan sepanjang jalan sehingga ke Stesen Mesjid Jamek. di atas Jalan dipenuhi dengan peserta perhimpunan. Naik juga bulu roma melihatkan semangat perhimpunan itu.

Apabila sampai di stesen, malangnya pintu keluar sudah ditutup dan kami tidak dapat keluar untuk sama-sama peserta yang lain. Ramai yang berlegar-legar di platform. Tidak lama selepas tiba, kedengaran bunyi tembakan tear gas launcher. Aku bergegas ke hujung platform dan nampak kepulan asap dari canister tear gas di atas jalan dan orang ramai mula mengundur dari persimpangan Jalan Raja / Jalan Tun Perak.
 Hari ini juga pertama kali merasakan kesan gas pemedih mata yang selama ini hanya mendengar sahaja. Ini satu pengalaman amat baik kerana jika orang menceritakan tentang kesan gas tersebut, aku tahu mengambarkan. Aku juga bersyukur kerana anak aku dapat lihat sendiri bagaimana tindakan ganas pihak polis terhadap orang awam yang sepatutnya mereka lindungi.

Apa yang mebuat aku terharu ialah kerjasana antara kaum. Semasa gas mula naik ke platform, beberapa orang kaum Cina mula mengedarkan garam. Aku tidak tahu apa gunanya garam itu tetapi ikut kata mereka untuk melegakan rasa pedih terkena gas. Tidak pasti macam mana, tetapi aku letakkan kat lidah. Satu lagi pelajaran yang aku perolehi hari ini ialah dengan membasahkan kain dan cekupkan pada hidung untuk membolehkan pernafasan dengan baik.

Aku terus sahaja berlegar-legar di atas platform dan memerhati suasana yang berlaku di atas Jalan Tun Perak. Polis telah bertindak ganas terhadap beberapa orang yang berada di sekitar. Pada satu ketika nampak mereka menyerbu masuk sebuah Restoran dan entah apa sebabnya. Orang ramai mula merungut tentang tindakan polis ketika itu. Kalau dahulu aku hanya mendengar sahaja keganasan polis dari pihak ketiga, tetapi hari ini aku nampak sendiri apa yang berlaku.

Tindakan ganas pihak polis itu bukan sahaja disasarkan terhadap peserta BERSIH, tetapi juga kepada orang awam yang kebetulan berada atau melalui kawasan itu. Ada sekali tembakan gas pemedih mata ditembakkan ke stesen LRT dan nasib baik juga cermin jenis plastik yang kukuh. Jika jenis kaca sudah pasti wanita India yang berada betul-betul dengan tempat terkena tembakan itu mengalami kecederaan. Bayangkan tembakan dilepaskan dari jalan boleh sampai ke bahagian atas platform. Betapa tidak mahir dan ganasnya polis yang sengaja mensasarkan pada orang awam (cuba lihat foto di atas).


Semasa dalam perjalanan pulang saya juga mendapat satu lagi pengajaran tentang bagaimana hendak menghilangkan kesan gas pemebih mata dari seorang yang berpengalaman tentang perkara itu. Caranya ialah dengan memasukkan tablet gastrik ke dalam air dan air itu disapukan ke muka. Jika muka masih basah dengan air, masuk ke dalam asap pun tidak akan pedih. Asas saintifik (ceh) air itu menjadi alkali dan akan meneutralkan acid gas tersebut. 

Apa yang berlaku hari ini pada hematnya ialah kerana kerajaan tidak menghormati keputusan yang mereka sendiri lakukan. YB Menteri Dalam Negeri telah memberitahu bahawa kali ini pihak polis tidak akan mengambil tindakan terhadap perhimpunan itu dan membenarkannya. Sebaliknya akan bertugas untuk mengawal keselamatan peserta. Satu lagi jika dibenarkan peserta duduk di Dataran Merdeka, tidak akan sesaklah jalan sekitarnya. Objektif BERSIH 3.0 kali ini ialah hendak duduk bantah, tetapi pihak kerajaan yang berdolak dalik pula. 

Selepas itu ada yang dengan bangganya berkata:

I'd inform to DBKL and PDRM to PROTECT all protesters, and I allowed the PEACE rally, BUT my team declined and setup all the roadblock in KL and send out so many police to "PROTECT" the protesters. We will protect our citizens. We will provide water to them if they feel thirsty, provide food to them if they feel hungry.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List