1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, June 25, 2012

Dubai - Semua Ada

Dalam dunia pelancungan kini kita sering juga mendengar ramai orang berminat untuk mengunjungi Dubai, sebuah negara Emir di Timur Tengah. Berdasarkan apa yang kita baca atau tonton di skrin televisyen, Dubai adalah merupakan antara tempat yang paling pesat membangun dan proses transformasinya dari sebuah negara padang pasir yang kering untuk membangun seperti negara lain, malah menjadikannya negara yang memiliki yang terbaik di dunia. Antaranya hotel Burj Dubai, Palm Al Jumeira, Burj Khalifa, Palm Jebel Ali, The World Islands dan beberapa pulau buatan bersaiz mega di luar pantainya. 

Dubai juga bakal menjadi destinasi peminat sukan musim sejuk untuk bermain luncur salji dan lain-lain aktiviti  yang biasanya dilakukan pada musim sejuk dalam suasana bersalji. Ini kerana dubai sudah memilikki kompleks indoor ski terbesar di dunia di Mall of Emirates. Dengan adanya kompleks ini peminat sukan salji boleh bermainnya sepanjang masa tanpa menunggu musim sejuk di negara-negara yang mempunyai empat musim.

Bagaimana Hendak Ke Sana



Emirates adalah syarikat penerbangan yang telah membuatkan kebanyakan syarikat-syarikat penerbangan rasa malu. Emirates melayan penumpang mereka dengan cukup baik tanpa mengira sama ada berada di Kelas Ekonomi atau Kelas Bisnes. Mereka terbang ke lebih 100 destinasi di seluruh negara. 
Saya terdetik untuk menulis posting ini setelah membaca panduan melawat Dubai ini dalam sebuah blog berkaitan perjalanan DI SINI
Entah bila saya ada kesempatan untuk melawat Dubai.....................

1 comment:

Murni Alfathunnisa said...

Antara destinasi yang diimpikan. Di Dubai..macam2 bangsa ada..dipenuhi foreigner..sinonim sebagai hub pelancongan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List