1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, August 12, 2012

Teruknya Perancangan Jalan di Bukit Jalil

Mula tu ingat nak ke Pasar Ramadhan di Seri Petaling tepi ila keluar tengok kereta dusah berbaris panjang fi traffic light dekat Bomba Bukit Jalil nak keluar ke Lebuhraya Puchong Sungai Besi, terus ubah rancangan.

Apa tidaknya hendak tunggu lepas traffic light dengan situasi waktu itu pastinya hampir 20-30 minit untuk jarak lebih kurang 600 meter sahaja. Itu tidak termasuk lagi pemandu kurang ajar yang suka potong Q. Jika tidak keluar ikut traffic light tu kena pergi ke Kinrara dahulu untuk buat U Turn yang jaraknya 7.4 kilometre. Tak tahulah apa punya perancangan bandar macam tu.

Laluan keluar ke Lebuhraya Puchong Sungai Besi menghala ke Pusat Bandaraya hanya satu untuk menampung penduduk seluruh kawasan Puncak Jalil, Paragon Heights, Taman LTAT dan kelak beberapa taman perumahan lagi yang sedang dalam pembinaan seperti Alam Sutera dan sebagainya. Peta di bawah mengambarkannya. Kawasan dalam petak merah A,B dan C semuanya terpaksa keluar melalui simpang bertanda X. U turn terdekat ialah simpang Kinrara (hadapan Giant) bertanda Y.
Masalah utama ialah sewaktu hendak pergi kerja di waktu pagi. Sebab itu ada penduduk kawasan itu "terpaksa" melanggar isyarat tidak No U turn pada waktu pagi apabila mereka keluar melalui simpang di hadapan SIRIM. Jika semua yang melanggar No U Turn itu tidak melanggarnya, keadaannya akan menjadi lagi teruk.

Tidak difahami mengapa perancang bandar tidak dapat merancang laluan tersebut dengan sempurna. Ramai orang tertanya-tanya mengapa hanya satu sahaja exit di kawasan itu. Masalah penduduk kawasan Puncak Jalil ini akan menjadi semakin teruk bila lagi banyak perumahan yang sedang dibangunkan sekarang mula di duduki. Misalnya kawasan bersebelahan SIRIM hingga Bomba Bukit Jalil yang sedang dalam pembinaan sekarang pun, penghuni kawasan itu terpaksa menggunakan persimpangan yang sama untuk keluar ke Pusat bandaraya. 

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List