1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, November 11, 2012

Asid Untuk Mengugut Pemilik Kenderaan?

Pada mula dulu ingatkan ia satu perbuatan vandalisme apabila nampak seat motor ditoreh. Selepas itu keretaku ada kesan kena calarkan. Mungkin masih vandalisme, fikirku. 
Pada 1 September 2012 aku hendak bertolak ke Legoland apabila dijemput untuk media family day tanggapan itu berubah. Anak aku memberitahu ada orang simbah asid pada kereta. Jam lebih kurang 6.00 pagi, inilah kesannya. Kemudian nampak beberapa buah kereta lagi menjadi mangsa. 
 Atas: Gambar kereta anak aku yang menjadi mangsa
Bawah: lain-lain kenderaan yang menjadi mangsa yang sempat aku ambil
 
 Selepas itu pada 3 Oktober 2012 sekali lagi kereta anak aku menjadi mangsa. Gambar di bawah.




Sebelah petangnya aku pun buat laporan polis di IPD Bricksfield.

Rupanya insiden simbahan asid ke atas kenderaan awam yang merupakan penghuni Blok A, No 5 Taman  LTAT tidak berhenti begitu sahaja, malah masih ada lagi simbahan asid pada kenderaan berlaku yang berakhir dengan kehadiran pihak media yang menjadi sedikit suasana tegang antara media dan juga JK Keselamatan yang merupakan Mej (B) Mustaffa. Beliau telah menunjukkan sifat seolah-olah beliau masih lagi dalam perkhidmatan. Lihatlah lagaknya sewaktu media hendak mendapatkan maklumat dari beliau. 
Media tidak dibenarkan masuk walaupun dengan kehadiran pihak polis dan Eksekutif dari Persatuan Pegguna Islam Malaysia. Namun mangsa yang merupakan penghuni blok pangsapuri tersebut telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada media. 
 Kenderaan yang diletakkan di dalam kawasan yang ada security sepatutnya selamat tetapi lain pula di pangsapuri ini. Saya yakin ianya bukan perbutan orang luar kerana kenderaan yang menjadi mangsa diletakkan di susur jalan di tepi bangunan. Walaupun ianya bukan di petak letak kereta untuk unit rumah tetapi kenderaan tersebut tidak langsung menganggu kelancaran laluan. Tidak ada sebarang papan tanda atau isyarat tidak benarkan meletakkan kenderaan di kawasan itu

Apa yang mengeciwakan ialah kenderaan yang diletakkan di tiga petak letak kereta OKU dan sepanjang laluan utama masuk ke pangsapuri tidak pula menjadi mangsa. begitu juga kenderaan yang diletakkan di hadapan pondok pengawal dan bukannya kawasan meletak kenderaan tidak pula menjadi mangsa.

Saya berandaian besar kemungkinan yang melakukan tindakan jenayah ini adalah pihak pengurusan memandangkan Pengerusi Jawatankuasa Mengurus Bersama, Tn. Hj. Ghani bin Kadir mengetahui apa yang berlaku kerana diucapkan beliau semasa Mesyuarat Agong Badan Pengurusan Bersama pada 6 Oktober 2012. Pengerusi memberitahu hadirin bahawa ada mangsa menelefon beliau mengadu tentang kejadian tersebut tetapi jawapan beliau amat mengeciwakan. "Ikutlah peraturan".

Persoalannya: Apakah boleh mengambil tindakan fizikal dengan merosakkan harta benda awam dan di bawah peraturan mana?

Harian Metro 



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List