1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Friday, November 09, 2012

Dari Lidah Ke Maza....Ooopssss

dah seminggu di Kuantan dan hari ini bersolat Jumaat di Mesjid Tunku Ampuan Afzan, Indera Mahkota. 
Selesa mesjidnya kerana dewan utama solat berhawa dingin. 
Khutbah mengenai bahayanya lidah yang digunakan untuk tujuan negatif yang boleh merosakkan individu. Maka terbayang keadaan semasa di negara ini. Siapa paling banyak buat fitnah sehingga hendak mengaibkan seseorang musuhnya dengan mempergunakan berbagai pihak untuk menghalalcara.

Selepas solah singgah makan tengahari di Maza Jungle Food Court. Dah beberapa hari ke tempat ini dan makanan yang paling popular ialah Nasi Kukus Juma. Beberapa kali pergi sememangnya pelanggan kena beratur untuk membeli. Memang sedap. sebungkus harganya RM 6.00.
 


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List