1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, June 24, 2013

24 Jun 2013 Nisfu Syaaban

Sudah lama juga tidak update blog ini. Hari ini sempena Nisfu Syaaban, aku tulis kembali di sini dengan harapan blog ini akan dapat memberikan menfaat kepada pembaca.

Malam ini adalah malam Full Moon. Yakni bulan berada paling dekat dengan bumi. Dalam FB ada beberapa posting gambar bulan penuh 15 Syaaban ini dan tidak lama lagi Insyaallah kita akan menyambut bulan penuh keberkatan, Ramadhan Al Mubarraq.
Kredit foto : Jemmy Wong
Nisfu Syaaban, malam kedua yang penuh berkat selepas Lailatu Qadar, adalah malam di mana catatan amalan kita diangkat ke langit oleh Malaikat dan digantikan pula dengan buku catatan yang baru untuk setahun yang akan datang.

Beruntunglah kepada mereka yang dapat beribadah pada malam penuh keberkatan ini. Antara amalan ibadah yang boleh dilakukan pada malam ini ialah Solat sunat Nisfu Syaaban, bacaan Yassin dengan memohon doa kepada Allah.

Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.” Rujuk Wikipedia 

Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban." Rujuk Wikipedia

Pada bulan Syaaban ini aku rasa sungguh bertuah kerana buat pertama kali dalam hidup dapat menghadiri dua kali Majlis Isra dan Mikraj. Ia berlaku pada dua malam berturut-turut di dua tempat berbeza. Lazimnya hanya berpeluang dapat hadir sekali sahaja dalam setahun. Syukur kerana Allah telah berikan aku kesempatan sebegini besar. Isra Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam Islam kerana junjungan besar kita Muhammad S.A.W telah diperjalankan pada sebahagian malam dri Mesjid Haram ke Mesjid Al Aqsa dan kemudian diangkat pula ke langit untuk bertemu Allah Subhanataala. Dan pada peristiwa ini juga Allah telah memberikan satu amanah besar dalam hidup seorang Islam iaitu solat 5 waktu sehari semalam.

Solat ini tidak diberikan Allah secara terus kepada umat sebelumnya sebaliknya kepada umat akhir zaman.

Amalan-amalan pada Bulan Syaaban BACA SINI Rujuk juga FACEBOOK


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List