1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Monday, June 24, 2013

Jerebu Syaaban, Peringatan Allah?

Semasa saya menulis posting ini, Kuala Lumpur sudah maeuk hari kedua dilanda jerebu teruk. Bangun pagi dan lihat di luar bagaikan berada di Frasers Hill waktu petang atau pagi atau berada di Genting Highlands selepas hujan.

Paling teruk sekarang ialah Muar yang paling dekat dengan sumber jerebu iaitu pembakaran terbuka di Sumatera.

Laporan API (Air Polutant Index) keadaan jerebu pada 23 Jun 2013 di Muar ialah  746 (7.00 pagi) , 690 (11.00 pagi) dan 507 (5.00 ptg). Lain-lain kawasan yang teruk dilanda jerebu termasuklah Bukit Rambai, Melaka (334) dan semakin meningkat pada sebelah petang. Melaka secara keseluruhan pula 357 pada waktu pagi. API melebihi 301 dianggap sebagai memudaratkan dan merbahaya kepada kesihatan manusia. 

Mengikut rekod API tertinggi yang direkodkan ialah di Kuching pada tahun 23 Septembr 1997 iaitu 839. Ia belaku semasa Asia Tenggara dilanda jerebu kuat. 

Grafik dari The Sun 24 jun 2013
APAKAH JEREBU

Jerebu ialah keadaan udara di atmosfera, di mana debu-deu asap, debu-debu dan kelembapan terapung di udara dan menyebabkan gangguan kepada pandangan manusia. Sumbernya termasuklah keluaran asap dari kilang, pembakaran terbuka, kebakaran hutan, asap kenderaan dan juga aktiviti pertanian di mana pembakaran dilakukan.

Di Asia Tenggara. khususnya negra kita, ia menjadi masalah setiap tahun sekitar bulan May hingga Oktober kerana pembakaran kawasan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian. 

Sejarah menunjukkan pada tahun 1997 (pertama kali kita mula mengambil perhatian tentang jerebu) pencemaran udara telah meningkatkan pencemaran udara dari 50 ke 150 μg/m3. Ia kemudiannya dikaitkan dengan peningkatan 12% masalah pernafasan, 19% asthma dan 26% radangan nasal. 

Adalah dinasihatkan agar aktiviti di luar rumah di minimumkan kerana pendedahan kepada jerebu boleh membawa kepada komplikasi jangka pendek lain seperti:
  • gatal-gatal pada mata, mata berair adan conjunctivitis
  • hidung berair, hidung tersumbat, bersin atau post natal drip
  • gatal tekak, tekak kering, suara serak dan mungkin juga batuk-batuk
  • sakit kepala, pening, kelesuan dan/atau stress
  • penurunan fungsi paru-paru, tekanan kepada sistem imunisasi saluran pernafasan, sakit dada dan/atau bronchitis


Simptom-simpton ini akan menurun jika anda berada di dalam rumah atau bangunan. 

CARA KAWAL DIRI ANDA DARI JEREBU

  • ikut pengumunam kemas kini keadaan kualiti udara di tempat anda
  • elak aktiviti luar rumah khususnya bersukan 
  • tutup semua tingkap dan pintu serta lubang-lubang yang boleh dimasuki jerebu
  • gunakan penapis udara (air purifier) untuk mengawal jerebu di udara pada tahap rendah
  • gunakan pendingin hawa dan sentiasa servis
  • bagi mereka khususnya yang mengalami penyakit jantung dan masalah pernafasan, hendaklah mengambil ubat yang perlu. 
  • minum banyak air dan tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • kurangkan atau elakkan merokok di dalam bangunan/rumah dan pengunaan dapur gas dan dapur menggunakan kayu. Jangan pasang lilin, setanggi, dan apa sahaja yang boleh mengeluarkan asap. 
  • JANGAN memandu jika jarak pemandangan terlalu dekat.
  • pakai topeng muka jika hendak keluar dari rumah. 










No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List