Ramai di antara kita pernah terperangkap dengan aktiviti tidak sihat di internet. Saya nak kaitkan di sini perangkap dalam Facebook khususnya kerana ramai pengguna Facebook adalah terdiri dari enduser yang kurang mahir dengan tipu helah internet.
Perangkap yang dipasang selalunya bertujuan nak mengenakan pengguna. Salah satu yang berkesan ialah seks dan ramai pengguna lelaki yang terkena. Perempuan pun ada juga.
Antara perangkap yang dipasang selalunya ialah memberitahu anda yang anak atai kenalan anda terlibat dengan isu seks. Maka anda yang "latah" akan klick tanpa berfikir panjang. Dush!! anda sudah kena. Maka link yang anda klik itu akan mula menghantar profile and kepada rakan-rakan dalam friend list bersama-sama dengan "umpan" tadi. Jika rakan anda tidak berfikira panjang, dia akan meyangka anda berfikiran kotor dan lucah.
Dulu ada aktiviti ini yang dilancarkan melalui FB Video chat. Apabila anda terkena, maka FB anda akan call dan ajak rakan and untuk video chat. Anda dikehendakki install software chat itu. Maka anda dengan sukarela menjadi mangsa.
Oleh itu berhati-hatilah apabila anda menerima link dalam wall. Fikir dulu sebelum bertindak. Jika anda tahu sedikit sebanyak hendak baca HTML, right click link itu untuk melihat elementnya terlebih dahulu.
Jika anda ragu-ragu dengan link yang dihantar, hide saja ia dari wall anda kerana takut kenalan anda akan clicknya dan dia terjangkit.
No comments:
Post a Comment