1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, July 04, 2013

Smartphone Masuk "Dock"

Apabila kehilangan sesuatu yang sentiasa berada di sisi kita setiap masa, pastinya rasa macam tak kena je.
Kelmarin handphone tiba-tiba tak leh on. Terus blackout.

Hantar pi service centre. Nasib baik Samsung ada service centre dia di Endah Parade, Seri Petaling. Takyah aku pergi sampai Low Yatt untuk service.

Lelaki Cina yang bertugas memberitahu maybe masalah motherboard. Dia orang kena check dulu. Kalau ada part dalam seminggu boleh siap. Kalau kena order dari HQ lambat sikitlah.

So, maybe seminggu ini aku tidak ada smartphonelah. Macam ada yang tak kena juga. Apa-apa pun pasal internet kena guna komputer dan iPad lah.

Apa yang melegakan siikit, ia masih dalam warranty. Jadi kalau ada apa-apa masalah dengan parts, masih freelah.



1 comment:

smbotak said...

mujur masih ada gadget yang lain...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List