1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, July 13, 2013

Bazar Atau Bazir Ramadan?

Pastinya apa yang menarik perhatian dan sering menjadi bahan perbualan ketika berpuasa ini ialah nak makan apa untuk berbuka. Sekarang masalah nak cari makanan untuk berbuka tidak ada masalah. Trend mengujudkan Pasar Ramadan setiap tahun merupakan satu aktiviti utama Majlis-majlis Perbandaran seluruh negara. Di samping itu ada juga Pasar Ramadan mini yang diujudkan oleh individu-individu di sesuatu lokasi. Yang jadi masalahnya ialah duit. 

Harga memang boleh dikira standardlah mengikut tempat. Kalau ada pun perbezaan dari segi saiz juadah yang dijual. Di Kuala Lumpur sejak tahun 2012 kuih dah jadi 5 biji untuk RM 2.00. sebelum itu masih 3 biji RM1.00. Harga minuman pun lebih kurang sama. 

Beli jangan tak beli. Pilih juadah ikut selera tetapi ada juga yang pilih ikut nafsu. Last-last ada sampai sahur dan kemudian kena buang sebab makan tak habis. 

1 comment:

smbotak said...

ini tahun ketiga untuk saya tak membeli kat pasar ramadhan. sama ada buat sendiri apa yang patut atau sesekali singgah pasar malam kegemaran je.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List