1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Thursday, September 19, 2013

Baca Pengalaman Blogger Lain

Pagi ni baca tentang bloggers yang dipaparkan dalam Majalah In Trend keluaran September 2013. Aku bukannya pembaca majalah tegar di zaman ekonomi tidak berapa stabil. Beli majalah pun tengok dulu apa isi di dalam.

Beli Majalah In Trend pun pasal dengan iklan di radio tentang bloggers di antara isi kandungannya. Bukan apa, dengan membaca kisah mereka kita dapat menimba ilmu dan pengalaman, Ilmu bukan sekadar boleh dicari dari buku tetapi daripada pengalaman orang lain. Antara buku dan pengalaman, yang kedua itu lebih bermakna kerana ia berlaku berdasarkan hands on sementara buku mungkin hanya berasaskan teori dan pandangan penulis/pengarangnya.

Dalam In Trend empat orang blogger yang dipaparkan ialah Shea Rasol, Hizami, Mira Abu Bakar dan Ben Ashaari.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List