1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, November 16, 2013

Pendapatan Pasif Melalui Internet

Saya sudah beberapa kali mengikuti seminar dan workshop berkaitan dengan Internet Marketing. Tahun ini dah dua kali saya ikut event besar berkenaannya. Bulan September lepas di Sunway Pyramid Convention Centre ada Asia Internet Congress di mana pakar-pakar dalam Internet Marketing berkongsi kisah kejayaan mereka menjadi Jutawan Internet dalam usia muda. Majoriti mereka datang dari Singapura. Namun sesiapa yang ingin mengikut langkah mereka kenalah ikut workshop yang akan mereka bimbing. Memang nak senang kena belajar, kerana ilmu itu walaupun Allah turunkan kepada hambanya, mesti juga dicari.

Harga yang mereka berikan sememagnya diskaun, tetapi dalam diskaun pun masih ribuan Ringgit Malaysia.

Dalam bulan November ini aku ikut pula daru lagi worshop intensif Millionaire Mind Intensive Workshop satu signature seminar daripada T. Harv Eker penulis buku The Secrets of the Millionaire Mind.

Workshop kedua ini lebih kepada meransang minda peserta untuk membina dan menyediakan diri untuk mencari duit khususnya di Internet untuk tujuan Financial Freedom. Financial Freedom bermakna Passive Income melebihi perbelanjaan individu.

Bulan Disember nanti ada satu lagi Workshop tentang Affiliate Marketing juga yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Pembimbing ialah Patric Chan, seorang internet marketer tempatan yang berjaya. Kos untuk mengikuti seminar ini pun agak murah dan mampu dibayar.
Selain mendaftarkan diri untuk mengikuti seminar, peserta sudah boleh menjana pendapatan memalui komisyen, jika ada peserta mendaftar melalui link anda. Bermakna jika anda mendapat dua orang untuk mendaftar, anda sudah balik modal.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List