Bencana di sekitar Bukit Antarabangsa berlaku lagi. Kali ini tanah runtuh di sekitar Jalan Bukit Mewah dan Jalan Mewah Utama yang sehingga blog ini di tulis sudah mengorbankan 3 nyawa dan 15 kecederaan. Adalah dijangka angka ini akan meningkat.
Bencana sekitar Bukit Antarabangsa ini bermula dengan pangsapuri Highland Tower pada 11 Disember 1993. Sejak itu beberapa kejadian tanah runtuh sering kita dengan dari semasa ke semasa.
Kejadian terakhir ini sepatutnya sudah membuka mata kita semua bahawa sudah sampai masanya untuk tidak merosakkan pasak bumi. Bukit dan gunung ganang dicipta oleh Allah untuk memperseimbangkan bumi ini sebagai pasaknya. Apabila kita merosakkan pasaknya maka akan terjejaslah kestabilan.
Kalau kita lihat sekitar persisir bandaraya Kuala Lumpur, kita akan dapati banyak kawasan bukit telah dirosakkan oleh pemaju yang hanya memikirkan keuntungan. Sedih melihat kawasan yang dulunya hijau dan segar sudah ditarah dan kemudian ditumbuhi pula oleh hutan batu bata yang merosakkan pemandangan. Akhirnya nanti anak cucu kita akan hilang segala keindahan alam yang sepetutnya kita simpan untuk mereka.
Di negara kita masih banyak lagi kawasan tanah rata yang boleh dibangunkan sebagai kawasan perumahan tetapi mengapa khazanah alam juga yang hendak dimusnahkan.
Berita-berita tentang tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Baca ini!! Pasti menarik.
Dalam The Star, TPM telah mengeluarkan kenyataan' No more permits for hillside projects: Najib'. Adakah itu satu arahan tegas atau hanya satu kenyataan politik yang biasanya diucapkan oleh pemimpin kita selepas sesuatu tragedi? Selalunya kenyataan ini untuk menyedapkan hati rakyat sahaja dan apabila segala-galanya reda, ia dilupakan begitu sahaja.
Bacalah apa yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid tentang pembangunan di cerun bukit tetapi dibantah oleh pemaju. DI SINI .
Pemimpin pembangkang juga hadir untuk melihat sendiri dari dekat tragedi, tetapi biasanya media arus perdana akan mengelapkan kehadiran mereka untuk menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa pemimpin pembangkan tidak prihatin kepada rakyat yang ditimpa musibah. Klik untuk kredit gambar.
2 comments:
assalamu alaikum, mohon izin untuk gunakan salah satu gambar dari entri ini.
Gambar-gambar dalam posting ini adalah dipetik dari sumber lain seperti kredit yang saya catitkan.
Post a Comment