1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Saturday, December 06, 2008

Bukit Antarabangsa: Bila Pasak Bumi Dimusnah

Bencana di sekitar Bukit Antarabangsa berlaku lagi. Kali ini tanah runtuh di sekitar Jalan Bukit Mewah dan Jalan Mewah Utama yang sehingga blog ini di tulis sudah mengorbankan 3 nyawa dan 15 kecederaan. Adalah dijangka angka ini akan meningkat. 

Bencana sekitar Bukit Antarabangsa ini bermula dengan pangsapuri Highland Tower pada 11 Disember 1993. Sejak itu beberapa kejadian tanah runtuh sering kita dengan dari semasa ke semasa. 

Kejadian terakhir ini sepatutnya sudah membuka mata kita semua bahawa sudah sampai masanya untuk tidak merosakkan pasak bumi. Bukit dan gunung ganang dicipta oleh Allah untuk memperseimbangkan bumi ini sebagai pasaknya. Apabila kita merosakkan pasaknya maka akan terjejaslah kestabilan. 

Kalau kita lihat sekitar persisir bandaraya Kuala Lumpur, kita akan dapati banyak kawasan bukit telah dirosakkan oleh pemaju yang hanya memikirkan keuntungan. Sedih melihat kawasan yang dulunya hijau dan segar sudah ditarah dan kemudian ditumbuhi pula oleh hutan batu bata yang merosakkan pemandangan. Akhirnya nanti anak cucu kita akan hilang segala keindahan alam yang sepetutnya kita simpan untuk mereka. 

Di negara kita masih banyak lagi kawasan tanah rata yang boleh dibangunkan sebagai kawasan perumahan tetapi mengapa khazanah alam juga yang hendak dimusnahkan. 


Berita-berita tentang tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Baca ini!! Pasti menarik.


Dalam The Star, TPM telah mengeluarkan kenyataan' No more permits for hillside projects: Najib'. Adakah itu satu arahan tegas atau hanya satu kenyataan politik yang biasanya diucapkan oleh pemimpin kita selepas sesuatu tragedi? Selalunya kenyataan ini untuk menyedapkan hati rakyat sahaja dan apabila segala-galanya reda, ia dilupakan begitu sahaja.  

Bacalah apa yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid tentang pembangunan di cerun bukit tetapi dibantah oleh pemaju. DI SINI

Pemimpin pembangkang juga hadir untuk melihat sendiri dari dekat tragedi, tetapi biasanya media arus perdana akan mengelapkan kehadiran mereka untuk menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa pemimpin pembangkan tidak prihatin kepada rakyat yang ditimpa musibah. Klik untuk kredit gambar


2 comments:

Anonymous said...

assalamu alaikum, mohon izin untuk gunakan salah satu gambar dari entri ini.

Anonymous said...

Gambar-gambar dalam posting ini adalah dipetik dari sumber lain seperti kredit yang saya catitkan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List