1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Sunday, January 30, 2011

Posting Pertama On Samsung Tab

Ini merupakan posting yg aku draf menggunakan Samsung Tab. Menang sukar sikit sebab menggunakan touch screen. Maklumlah jari ini masih belum biasa dgnnya.

Thursday, January 27, 2011

Etika dan Nilai

Semasa sedang membuat spring cleaning PC terjumpa gambar ini yang saya ambik entah dari laman web mana, tak ingat dah. Sebaik sahaja nampak iklan ini teringat pula posting Mahaguru58 melalui blognya di bawah tajuk Buruknya gaya bahasa wartawan dan pengarang akhbar ini. Mahaguru menulis merasa kesal dengan tajuk-tajuk yang bertujuan untuk melariskan akhbar atau majalah tetapi mengabaikan nilai-nilai dan adat resam warisan zaman berzaman, sopan santun dan juga adab yang berasaskan Syariat Islam.

Mahaguru mempersoalkan tajuk "Ayu usaha puaskan Zaquan". Walau apa pun alasan yang diberikan oleh orang yang membaca, apa yang pasti terbayang di fikirannya ialah "SEKS". Komen salah seorang pembaca Mahaguru bagaikan mempertahankan tajuk itu dengan alasan "yang Ayu nak puaskan itu ialah puaskan hati. bukan puaskan benda lain." Bagi saya itu hanya alasan tetapi tidak dapat menangkis bayangan imajinasi sebenar pembaca.

Cuba anda lihat gambar iklan ini?
Apa tafsiran anda?
Adakah iklan ini mempunyai etika?
Iklan sebegini bagi tidak sewajarnya dibuat kerana ia mempunyai maksud negatif di sebaliknya. Duoble meaning...........

Tuesday, January 25, 2011

Allah Turunkan Rezeki, Manusia Yang Menyekatnya

Sejak pencen ni memang banyak masa untuk aku. Maklumlah dok di rumah. Lepas subuh, hantar anak ke sekolah dan kemudian tidur balik. 

Ni tengah dok cari kerja yang sesuai la. Adalah dok tunggu satu dua permohonan tetapi entah bila akan dapat jawapannya. 

Minggu lepas dapat tahu satu permohonan aku untuk satu post di Kuantan dah terlepas. Bukan apa, aku memohon pada mulanya tu hanya untuk mencuba nasib saja. Maklumlah post seperti itu memerlukan seorang yang ada ijazah. So aku pun buat endah tak endah saja. Kalau ada rezeki dapat, kalau tak ada rezeki apa nak buat. Lagi pun pada masa yang sama aku dok tunggu keputusan nak sambung sebagai staf kontrak di tempat kerja lama. Permohonan dah dibuat sejak bulan Oktober 2010 lagi tetapi sehingga habis tahun tak ada apa-apa jawapan pun. Walaupun demikian, aku memang yakin akan disambung kerana tugas yang aku laksanakan sewaktu masih bekerja adalah tugas profesional. Semasa masih bertugas tahun lepas dua program baru yang masih belum dilaksana di mana kedua-dua kertas kerja untuknya aku yang tulis dan submit selepas disemak oleh Ketua Unit. Ianya projek peringkat Kebangsaan. Tak naklah bagi tau program apa tetapi lambat laun orang akan tahu juga. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya aku telah melakukan sesuatu kepada negara dan akan terus kenang sebagai hasil tangan aku. 

So, berbalik kepada permohonan awal tadi, hanya setelah aku tahu keputusan bahawa pejabat lama aku tidak mahu menyambung khidmat aku sebagai staf kontrak, baru dapat maklumat yang permohonan awal itu berjaya dan mereka hendak menawarkan post itu kepada aku. Tetapi apabila mereka menghubungi tempat aku sedang bertugas masa itu, dimaklumkan bahawa khidmat aku diperlukan selepas aku tamat perkhidmatan. Jadi pihak berkenaan membuka tawaran itu kepada orang lain. Aku mendapat tahu bahawa post itu sudah diisi mulai 2 Januari 2011 lalu. 

Melepas satu post yang aku rasa dapat memberikan keselesaan kepada aku dan keluarga dengan tawaran gaji dua kali ganda daripada gaji yang aku perolehi semasa berkhidmat dengan kerajaan dan ditambah pula dengan elaun keraian. Maka terfikirlah aku bahawa rezeki itu diturunkan oleh Allah, tetapi manusia boleh mengagalkan rezeki itu sampai kepada yang berhak. Hasilnya sampai sekarang aku masih tidak bekerja. Hidup di Kay El beb, mana cukup dengan duit pencen. Entah-entah satu hari nanti aku terpaksa kutip tin bekas minuman dari satu tong sampah ke satu tong sampah. 


Tiru perbuatan orang kafir, fasik haram

Tiru perbuatan orang kafir, fasik haram

Ramai remaja kita sudah terikut-ikut dengan perbuatan ini.
BERTINDIK  anggota badan selain telinga haram kerana perbuatan itu meniru orang kafir dan memudaratkan kesihatan.
Saya petik beberapa ayat dari BH Online untuk dikongsi bersama.

HUKUM asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal.”

........................golongan lelaki dilarang daripada menindik telinga mereka kerana ia dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Lelaki yang menyerupai wanita dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang dalam Islam.

Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yang dikenakan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)

Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).

Jelasnya, amalan bertindik selain anggota telinga adalah amalan diambil bukan daripada golongan solihin. Ia budaya negatif remaja di Barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim. Islam melarang meniru kebiasaan dan gaya hidup orang lain tanpa membawa manfaat jelas.

Tambahan, menyeksa diri dan dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan pelaku dengan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B.

BERTATU

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan, bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.
Bagi yang sudah tergelincir dan ingin kembali ke pangkal jalan, timbul pula persoalan untuk menghilangkan tatu yang ada. Ada segelintir yang menyeksa tubuh badan mereka semata-mata untuk menghilangkan tatu. Malah, ada yang menggunakan seterika.

Memang benar taubat dapat menghapuskan dosa, namun taubat juga perlu bertepatan dengan caranya.

Jika menanggalkan tatu itu mendatangkan kemudaratan atau membuatkan anggota badan nampak jelik, maka harus membiarkannya dan memadai dengan taubat (baik lelaki mahupun wanita).

Pandangan ini bertepatan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)
Namun, tatu itu tetap wajib ditanggalkan jika ada teknologi yang dapat menanggalkannya dengan mudah dan tidak mendatangkan mudarat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Monday, January 24, 2011

Wajarkah Orang Islam Kurang Patuh Pada Agama?

Hari ini saya nak blog tentang satu artikal yang saya baca di dalam Kosmo (online) tentang satu penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh seorang tokoh jiran kita. Pandangan itu dicatatkan oleh Lee Kuan Yew di dalam bukunya "Hard Truth To Keep Singapore Going". 

Saya memetik beberapa perenggan seperti yang dilaporkan oleh AFP.   

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam," 


"Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.
"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah," kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam.
Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai.
Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 ekoran perbezaan besar terhadap dasar Kuala Lumpur yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu. Sejak itu, Singapura telah mewujudkan pasukan tentera paling moden di Asia Tenggara untuk menangani ancaman negara asing. 


Waaupun ada perkara-perkara yang boleh kita jadikan iktibar dari buku tersebut dan jadikan sebagai contoh dan panduan dalam pembangunan hidup tetapi apabila pandangan yang mengesa orang Islam kurang patuh kepada agama amat-amat dikesali. 
Bacalah artikal itu sepenuhnya DI SINI.seperti yang diterjemahkan daripada dari AFP yang tersiar di YAHOO
Terpulanglah pada apa pandangan dan tanggapan anda yang membaca ppsting ini, tetapi bagi saya ia satu pandangan yang merendahkan martabat agama Islam, agama yang mulia dan suci di sisi Allah SWT. Sebagai seorang Islam saya sememangnya rasa kesal dan keciwa dengan pandangan LKY itu yang merupakan Menteri mentor Singapura yang damai menganggap "ejen Yahudi" Asia Tenggara.
Jika ada pelawat blog ini yang merupakan orang Islam dari Singapura, apa pula pandangan anda? Sebagai umat (Islam) akhir zaman kita mewarisi apa yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W untuk terus kembangkan agama suci ini yang sesuai di semua zaman (kerana Allah itu Maha Mengetahui). Bagi saya saranan LKY itu benar-benar mencabar iktikad kita untuk mempertahankan kesucian Islam yang mana kita semua harus meningkatkan lagi kepatuhan kepada Islam dan bukan kurang mematuhinya seperti saranan LKY itu. Wallahu Alam.  

Sunday, January 23, 2011

Red Mummy - Blogger - LHDN dan RM1 juta

Betul kata sumijelly dalam blognya ramai blogger akan beli Berita Minggu hari ini. Aku pun yang tak pernah beli Berita Harian @ Berita Hairan sejak 1998 dulu kerana memboikotnya, hari ini beli senaskah, walaupun rasa rugi RM2.00 kerana terpaksa membelinya. Sebab utama bukan nak baca tentang penamaan calon di Tenang tetapi pasal dapat tahu seorang blogger popular, Redmummy di frontpage. Satu penghormatan untuk RM dan blogger. Kena frontpage sebab populariti bukan kerana melakukan sesuatu yang tidai senonoh.

Tetapi tajuk yang dihighlight oleh BM itu, "Blogger untung RM1 juta" telah di blown out of proportion dan memberikan gambaran  palsu kepada blogger dan bakal blogger. Sehinggakan anak saya yang di dalam Darjah 6 pun teringin nak tulis blog selepas tengok tajuk tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada RM kerana dapat penghormatan seperti itu dan ia sememamgnya membanggakan blogger yang lain serta doleh menaikkan nama blog sebagai satu lagi alternative untuk menambah pendapatan sampingan.

Memang benar ramai blogger yang boleh menjana pendapatan sampingan melalui blog masing-masing, malah ada yang boleh hidup dengan menulis blog secara sepenuh masa dengan pendapatan lebih banyak dari pekerja di pejabat. Itulah yang dikatakan bakat yang dianugerahkan oleh Allah kepada makhluknya kepada sesiapa yang dikehendakkiNya.
Nicholas Tay dari Syarikat penjana iklan internet melalui blog, Nuffnang, mendedahkan bahawa blog yang popular boleh menjana pendapatan yang tinggi. Memang benar tetapi ianya tidak semudah yang didengar. Ada blog yang memakan masa berbulan-bulan atau bertahun sebelum memperolehi sejumlah minima wang yang melayakkan blogger itu mengeluarkan wangnya.  Ada beberapa kriteria lain yang membolehkan seseorang blogger itu mendapat hits yang tinggi. Malah bukan semua pelawat yang melawat blog akan klik pada iklan yang dipaparkan oleh penjana iklan online itu. Jika tidak ada orang klik maka, tidak adalah pendapatan. Saya sendiri pun dah hampir setahun satu sen pun tak masuk dalam akaun selepas kali terakhir mengeluarkan wang terkumpul; itupun tak cukup untuk beli makan sekeluarga untuk seminggu.

Berbalik pasal pendapatan dari blog juga kena declare Cukai Pendapatan aku copy n paste maklumat ini dari blog sumijelly, mana tahu kot-kot pembaca malas nak click link ke sana. Sememangnya semua bentuk pendapatan (kecuali yang dilepaskan) memanglah dikenakan cukai. Dah namanya Cukai Pendapatan, jadi hasil menulis blog juga adalah pendapatan. Namun demikian bagi penulis blog yang tidak menjana pendapatan beribu-ribu sebulan janganlah bimbang dikenakan cukai kecuali pendapatan itu selepas dicampurkan dengan pendapatan lain dan sampai ke jumlah yang dikenakan cukai.
facebook
 Sebenarnya isu pendapatan hasil menulis blog perlu diisytiharkan kepada LHDN, tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang merunsingkan para penulis blog. Apa yang kita harapkan dan berdoa kepada Ilahi agar dibuka hati Menteri Kewangan satu hari nanti akan mengumumkan di dalam belanjawanan di Parlimen bahawa jumlah pendapatan tertentu hasil berblog dikecualikan cukai. Ini kerana hasil blog adalah hasil seni dan kreatif. Kalau hasil seni lain boleh ada ruang untuk dikecualikan daripada dikenakan cukai, mengapa tidak hasil kreatif dari penulisan blog. Takkan handbag berjenama je yang dikecualikan cukai (jangan marah RM, itupun jika terbaca blog ini.)

Thursday, January 20, 2011

Jebat, Kasturi dan Lekir

Sempena dengan Kejohanan Badminton BWF Superseries 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Proton selaku penaja utama turut mempamerkan model-model kereta keluarannya. Seperti biasa model utama yang dipamerkan ialah Exora, Saga FL dan juga Inspira. Disamping itu Proton turut juga mempamerkan tiga lagi model yang belum berada di pasaran iaitu Lekir, Kasturi dan Jebat.

Saya tidak pasti sama ada ianya rebranding kerana nampak bentuk kereta baru ini macam yang sudah ada khususnya model Jebat yang nampak macam Inspira sementara Kasturi lebih kurang macam Saga FL. Mungkin model ini sudah dipamerkan di KL Autoshow pada hujung tahun lepas. Tetapi kepada mereka yang tidak berkesempatan melihatnya bolehlah ambil kesempatan untuk datang ke Stadium Putra, Bukit Jalil sepanjang berlangsungnya Kejohanan Badminton BWF Superseries 2011 dari 18 – 23 Januari 2011
proton (1)
proton (6)
proton (3)
proton (10)
proton (17)
proton (13)
proton (15)
proton (16)

Wednesday, January 19, 2011

Pengumuman Penutupan Facebook Satu Gimik?

mStar Online : Gimik Facebook ditutup
Sememangnya ramai yang sudah mengetahui berita tentang ura-ura penutupan Facebook.

Saya pun telah buat satu posting mengenainya selepas membaca maklumatnya di World Weekly news.

Monday, January 17, 2011

Ayat Al Ikhlas

 

Au zubillah himinashsyaitohnnirrajim...

Bismillahir-rahmannir-rahim"  

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas

Qulhuwallahu Ahad.
Allahussamad.
Lam yalid walam yu-lad.
wa lam yakul lahu kufuwan ahad
. sebanyak kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah        salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah      mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang        akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yg manfaat yg disampaikan

Wallahualam

Normala Sudirman calon PAS di Tenang

Normala Sudirman calon PAS di Tenang

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Monday, January 10, 2011

Facebook Akan Ditamatkan Mulai 15 Mac 2011

Pada bulan Disember 2010 lalu telah ditayangkan di pawagam di negra kita sebuah filem The Social Network yang mengisahkan bagaimana Mark Zuckerberg telah merevolusikan jaringan sosial yang kemudiannya menjadi laman sosial yang paling hangat di seluruh dunia. Kehangatannya sehinggakan facebook dianggap sebagai sesuatu yang perlu dimilikki oleh setiap orang. Apabila kita berkenalan atau bertemu dengan seseorang kita akan tanya juga apa facebooknya.

Namun demikian baru-baru ini dunia laman sosial telah dikejutkan dengan satu pengumuman oleh Mark Zuckerberg bahawa lamanweb facebook itu akan ditamatkan mulai 15hb Mac 2011 ini. Mark telah membuat pengumuman itu di pejabatnya di Palo Alto, California atas alasan “Managing the site has become too stressful”. …….“and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Mengikut Mark lagi, Facebook sudah berada di luar kawalan

Zuckerberg menerangkan bahawa mulai 15 Mac, pengguna tidak lagi akan dapat mengakses akaun Facebook masing-masing dan selepas 15 Mac keseluruhan lamanweb itu akan ditutup. Demikian diumumkan oleh Avrat Humarthi, Naib Presiden Hal Ehwal Teknikal di Facebook. Beliau menasihatkan agar pemegang akaun memuat turun gambar-gambar yang dipaparkan dalam akaun masing-masing sebelum ia hilang sepenuhnya. Gambar-gambar itu tidak dapat diakses lagi selepas Facebook ditutup.

Walaupun Mark memberitahu bahawa keputusan untuk menutup Facebook sesuatu yang amat sukar baginya, tetapi mengharapkan pengguna tidak akan rasa marah. Baginya ia bukan satu masalah yang besar dan secara jujur beliau mengatakan bahawa ia untuk kebaikan. Tanpa facebook, manusia akan dapat menjalin persahabatan secara fizikal semula dan ianya sesuatu yang baik.

Ada juga peminat Facebook yang marah apabila mendengar keputusan tersebut.

Seorang pelajar sekolah tinggi di Indiana, Amerika Syarikat, Denise Bradshaw berkata “What am I going to do without Facebook?. My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?

Walau bagaimanapun, para ibu bapa pula menghembuskan nafas lega dengan pengumuman itu dan sememangnya sudah lama ditungu-tunggu. 

I’m glad the Facebook nightmare is over,” kata Jon Guttari, seorang bapa tunggal di Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Di kalangan orang-orang kewangan pula, mereka mengkritik Mark dengan mengatakan bahawa beliau cuba meninggalkan satu franchise yang bernilai  multibillion dolar. Facebook kini letakkan sebagai salah satu perniagaan paling kaya di dunia dan pakar ekonomi menganggarkan ia bermilai 7.9 bilion Dolar.

Walaupun mendapat tentangan hasil keputusannya, Mark nampaknya tidak mengambil berat sangat dengannya dan mengatakan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk menghentikan Facebook.

I don’t care about the money,” kata Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation mencadangkan para pengguna mengeluarkan semua maklumat peribadi dari laman web masing-masing sebelum 15 Mac 2011. Selepas tarikh itu, semua foto, nota dan pautan serta video akan dipadamkan sepenuhnya.

Saya memetik berita ini dari http://weeklyworldnews.com selepas terbacanya dalam tweeter.

Apa tindakan anda?

Janganlah jadikan penutupan Facebook ini sebagai satu kehilangan yang besar. Masih banyak lagi peluang untuk menjalin hubungai dalam talian untuk anda pilih. Malah menjalinkan hubungan secara fizikal adalah lebih digalakkan daripada kita terus dengan individu di alam siber yang mungkin hanya bot sahaja.

Saturday, January 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011- Catatan Pertama

Ini posting pertama untuk dekad baru 2011. 
Posting ini dihantar dari rumah ibu bapa ku di Alor Setar.
image
Kredit Gambar: The Star online
Biasanya setiap masuk tahun baru pastinya mindset ialah untuk memulakan kerja di pejabat pada 2hb Januari sebagai hari pertama di tahun baru. Tetapi tahun ini aku tidak perlu lagi fikir untuk berbuat demikian. Aku dah bebas dari rutin untuk bangun tidur dan bersiap untuk pergi ke pejabat. Tetapi tak tahu sampai lama mana. 

Apabila seseorang itu menjadi dormant, makan otaknya pun akan turut menjadi dormant. Otak manusia akan menjadi regressive jika ia tidak dicabar untuk melakukan sesuatu tugas. Sebab itu aku harap aku tidak akan menjadi seorang yang hidup pasif. Aku harus terus melakukan sesuatu untuk mencabar otak aku berfikir. Nasib baik juga aku melibatkan diri dengan dunia blogging dan aktif  melayari internet. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang yang baru yang akan aku temui dan baca. Menulis juga akan terus mencabar otak untuk terus berfikir. 

Dulu semasa aku hampir hendak bersara, ramai rakan-rakan berkata dah pencen, duduk sajalah. Dah puas kerja sekarang masa untuk rehat. Aku amat tidak setuju dan  ramai juga yang akan bersetuju bahawa apabila kita terlalu rehat, otak kita juga akan menjadi semakin mundur. Kemunduran otak akan mempengaruhi fizikal untuk menjadi lemah dan proses penuaan semakin cepat. Bukan kerana takut nampak tua, tetapi apabila kita tengok pada diri sendiri sebagai tua, maka kita akan hilang motivasi untuk terus hidup. Hidup adalah perjuangan dan perjuangan itu tidak selesai selagi hayat di kandung badan. 

Mungkin ramai yang tidak bersetuju jika orang tua berperangai seperti orang muda. Bagi saya falsafah saya  tidak mengatakan begitu. Saya berpendapat, kita hendaklah terus berjiwa muda kerana ia akan menguatkan fizikal sebab orang muda yang memilikki fizikal yang kuat. Jadi apabila orang tua dapat mengekalkan fizikal yang kuat, maka ia akan mampu terus beribadat dengan selesa dan memberikan khidmat kepada masyarakat dengan lebih baik. 

Malam tadi buat pertama kali dapat makan malam bersama keluarga. Walaupun tidak sepenuhnya berkumpul  tetapi sekurang-kurangnya dapat makan beramai-ramai di luar. Ianya sesuatu yang tidak dapat saya lakukan memandangkan masa dan keadaan tidak mengizinkan. 

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List