1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label Al Quran. Show all posts
Showing posts with label Al Quran. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Al Quran Digital

Anda hendak beli Al Quran Digital untuk latih membaca atau mungkin sebagai hadiah?

Setiap SET mengandungi:
1. Al Quran
2. Kamus kembara (14 Negara)
3. Buku Cara-Cara Solat & Doa Harian
4. Buku Haji & Umrah
5. Buku Sahih Muslim
6. Earphone
7. USB cable
8. Charger
9. Guidecard / Manual / Index
10. Pen Reader
11. Box/beg
Qari yang masyur untuk digunakan
** Al-Sudais
** Abdul Basit
** Mahir Alqeeli
** Al-Ajmy
** Al-Ghamidi
** Al-Minshavi
** Al-Afasy
** Al-Hussary
** Al-Hudaify
KELEBIHAN SET INI
• Pen ini boleh membaca Word By Word (sepatah demi sepatah)
• terjemahan ayat Al Quran
• Meningkatkan Mutu Bacaan Al Quran.
• Mudah Dibawa.
• Untuk Menghafal Al Quran.
• Sesuai untuk anak-anak
• Sebagai Hantaran Perkahwinan.
• Sumbangan Kepada Masjid / Madrasah.
• Sedekah Dan Hadiah Untuk Ibu Bapa.

KELEBIHAN EXTRA!!!
1] Bunyi dari Readpen ini TERANG & JELAS, tidak berdesir/terlalu nyaring/pecah
2] Memory sediada besar 4GB
3] Slot memory card/microSD card (TF-Card) untuk tambah memori
4] Kawalan LAJU atau PELAHANKAN bacaan Qari (slow motion/fast fwrd)
5] Jadikan sebagai MP3, simpan file lagu2 nasyid, bacaan doa yang lain dsb
6] Huruf-huruf yang jelas dengan PRAKATA BERWARNA bagi setiap bunyi ayat
7] Panduan Solat serta Bacaan-bacaan DOA yang harian
8] VOICE RECORDING, boleh merakam suara; dengar bacaan qari, rakam, baca sendiri, dengar semula rakaman suara anda
Terbukti berkesan kepada meraka yang belum lancar bacaan dan diyakini kerana setiap mahraj dan tajwid disebut dengan betul.

BONUS POWER : .
*PERCUMA Tasbeh Digital.
*PERCUMA Delivery Seluruh Malaysia.
CARA TEMPAHAN
=============
Harga RM200 termasuk pos ke seluruh Malaysia (Termasuk Sabah dan Sarawak)

Untuk menempah, SMS: QURD <jarak> <135> Ke: 018-781 5976


Friday, July 26, 2013

ORANG YANG RAJIN MENGAJI AL-QURAN

Saya nak share apa yang diterima dalam email

Ayuh!
Jangan biarkan Quran itu merintih..
Ratahlah sementara lidah masih fasih..
 
Sedikit penambahan, Antara kelebihan membaca Al-Quran dan Surah-surah yang terkandung di dalamnya:
 
Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.(HR Muslim)
 
Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (HR Muslim)
 
 
Surah Al-Baqarah (ayat 255) – Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.
Surah Al-Dukhan – Sabda Rasulullah S.A.W. “Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi.”
(Al-Tirmidzi)
Surah Al-Mulk – Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur.
Surah Al-Ikhlas – Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.
 
-         Ada banyak lagi fadilat yang tak terkongsikan..
-         Wallahualam.

Saturday, April 07, 2012

Al Quran Digital Al Rayyan

Pada mula Al Quran di turunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W ianya hanya dihafal dan disebarkan dari seorang ke seorang secara lisan. Hanya setelah Nabi Muhammad wafat baharulah Al Quran mula dikumpulkan dan dituliskan pada pelepah-pelapah tamar kerana dibimbangi Ayat-ayat Suci akan hilang kerana penghafal-penghafal Al Quran meninggal dunia.

Kemajuan dalam bidang percetakan pula membolehkan Al Quran dicetak untuk dibaca oleh lebih ramai umat Islam. Sesuai dengan kemajuan tamaddun dan Islam itu sebagai agama yang sentiasa maju dan tidak ketinggalan, maka hari ini kita dapati Al Quran sudah memasuki era digital. Al Quran sudah disimpan dalam bentuk digital dan muncul pula Al Quran Digital yang terus memudahkan umat Islam menyimpan, membawa dan membaca. Dengan adanya Al Quran dalam bentuk digital ia boleh dibaca di mana sahaja dengan mudah malah menggunakan cara-cara bacaan yang betul.

Antara al quran Digital yang berada di pasaran hari ini ialah Al Rayyan. Sila lihat video
YOUTUBE  ini.

Muslim Niaga menjual Al Quran ini secara online dan mereka yang berminat untuk membelinya boleh KLIK DI SINI untuk membuat pesanan. Set Al Quran ini mengandungi Al Quran Read PEN yang akan membaca Ayat-Ayat apabila ia disentuh dan leretkan pada mana-mana ayat atau surah. Memilikki pen ini akan membolehkan seseorang itu mempelajari cara untuk membaca Al Quran dengan betul disamping boleh mengajar ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang ingin belajar membaca Al Quran. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan lagi mutu bacaan Al Quran.

Mengikut penerangan di Muslim Niaga Mall faedah-faedah berikut dapat diperolehi dengan memilikki pen ini iaitu:
1. Anda tidak perlu tercari-cari terjemahan kerana pen digital Quran ini mampu menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Inggeris mana-mana ayat dalam Quran tersebut.
2. Boleh mendengar bacaan merdu daripada beberapa Qari terkenal dari Masjidil Haram seperti Sheikh Saad  Al-ghamidy, sheikh Misyari Rashid, Sheikh Abdul Rahman As Saudais dan Sheikh Abdul Al-Matrud.
3. Boleh memahami dan boleh mengajar Al Quran kepada ahli keluarga sendiri.
4. Boleh mendengar alunan bacaan dari Qari ini amat teliti, jelas dan penuh dengan taranum yang mengasyikkan. Selain itu, kitab Iqra dan panduan solat serta Doa turut disertakan bagi membolehkan anak-anak anda mempelajarinya.
5. Anda bukan sahaja boleh mendengar bacaan Quran, malah boleh menuatnaik nasyid dan bacaan doa dan sebagainya kerana Pen Digital turut dilengkapkan dengan Memory 2Gb.
6. Boleh dengan bacaan dengan lebih jelas kerana ia boleh disambungkan pada aksesori lengkap pada speaker atau earphone. Anda juga boleh dengan semasa memandu jika kenderaan anda ada MP3.
7. Pakej ini didatangi dengan Gift-Box yang sangat menarik. Ianya sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah Hari Jadi atau Hantaran Perkahwinan dan sebagainya.

Lihat juga di sini 

Pembelian Al quran ini juga diberikan JAMINAN SATU TAHUN

Harga se unit Al Quran Digital ini yang dijual oleh Muslim Niaga ialah harga RM 290 dan PERCUMA kos penghantaran

Friday, June 11, 2010

Sanggupkah Anda Lihat Al Quran Dihina?

Sekali lagi saya menerima satu email dari seorang rakan. Lihatlah apa yang dilakukan terhadap Al Quran kitab suci Islam oleh orang-orang Denmark. Dari semasa ke semasa ada sahaja penghinaan yang dilakukan oleh rakyat Denmark untuk menghina agama Islam. Adakah orang Islam di mana-mana di atas muka bumi ini yang menghina Nabi Isa atau lain-lain Nabi sebelumnya. Adakah orang-orang Islam menghina mana-mana kitab seperti Injil, Taurat dan sebagainya? Lihat gambar-gambar di bawah. Apa perasaan anda?

SEE WHAT'S HAPPENING IN DENMARK !
agar aap may deeni gyrat hay to aaj say Eourop ki tamam masnooaat ka bycott ka aylan kar dain aap ka emaan buhat qeemti hay...aap in masnooaat kay bagyr bhi zindah rah skty hay lykin is Quran kay bagyr apki koi zindagi nahi hay

Translation:
If you have Imaan, as from today boycott products of Denmark….your Imaan is very important and valuable…..
You can live without these things but without Quran there is no life.

Jadi sebagai seorang Islam apakah  yang anda boleh lakukan? Kita tidak ada kudrat untuk menghalang perbuatan itu. Namun kita masih ada satu usaha untuk menunjukkan bantahan kita terhadap negara tersebut. BOIKOT PRODUK DENMARK. Usaha kita untuk memboikot produk Denmark menunjukkan bantahan kita. Janganlah mempersenda usaha memboikot barangan Denmark seperti kita mempersenda tentang memboikot barangan Amerika dan Isreal. Anda mempersenda usaha itu bererti anda menyokong perbuatan menghina Al Quran dan Nabi Muhammad S.A.W. 
  
Denmark is Loosing 
Please don't let this mail stop here. Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our holy Prophet PBUH and till now they do not regret.   Let us make them regret for good. The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark National Channel, all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 4 billion Euro.  If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could reach around 80 billion Euro's loss. Believers do not let this message stop here. Please forward this text to as many Muslims as possible. Can't u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims. ASAP? REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT, “WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME”?   HOW DID YOU DEFEND ME”?
Any products with barcode no. starting with
57 are Danish made Products. Please convince all Muslims to circulate this to Muslim ummah to ban Danish made products 

Tuesday, March 09, 2010

SURAH AL KAUTSAR



Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu  permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
S.A.W kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
S.W.T makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya' Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan  Allah S.W.T. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000 x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 x Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi  dizalimi.

Perkara yang baik kita amalkan selalu. Sebar-sebarkan kepada kawan-kawan. Terima Kasih.

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
Kata ustaz : "kita ini semuanya sama, tiada beza muda ataupun tua, jangan menyombong atau takbur sesama manusia, sekalipun kita berpangkat atau berilmu- kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List