1

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

Allah dalam Al Quran

"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Sekitar MITBCA2012

MITBCA2012 telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancungan Malaysia pada 8 dan 9 Mei 2012 bertempat di Seri Pacific Hotel Ballroom di Jalan Putra, Kuala Lumpur. Seramai 350 orang telah hadir. Apa yang menariknya konferens tersebut adalah percuma. Buat pertama kali saya menghadiri satu konferens peringkat antarabangsa yang diadakan secara percuma begitu, termasuk makan dan tea break di Sun Terrace, Seri Pacific Hotel. Perlulah dinyatakan di sini, makanannya sememangnya sedap dan lazat. Jika hendak diberikan bintang saya boleh bagikan 5 bintang dari 5 untuk makanannya. Pengurusan majlis berjalan dengan lancar walaupun satu-satunya perkara yang tidak dapat diubah bagi mana-mana persidangan, seminar atau konvensyen ialah ketepatan masa. Bukan dari pihak penganjur tetapi peserta sendiri. 

Untuk rujukan klik MITBCA2012. Gambar-gambar di bawah dari laman web resmi konferens. 

MALAM GALA AWARDS
Kredit foto: zarulumbrella

Senarai Pemenang



Sunday, January 23, 2011

Red Mummy - Blogger - LHDN dan RM1 juta

Betul kata sumijelly dalam blognya ramai blogger akan beli Berita Minggu hari ini. Aku pun yang tak pernah beli Berita Harian @ Berita Hairan sejak 1998 dulu kerana memboikotnya, hari ini beli senaskah, walaupun rasa rugi RM2.00 kerana terpaksa membelinya. Sebab utama bukan nak baca tentang penamaan calon di Tenang tetapi pasal dapat tahu seorang blogger popular, Redmummy di frontpage. Satu penghormatan untuk RM dan blogger. Kena frontpage sebab populariti bukan kerana melakukan sesuatu yang tidai senonoh.

Tetapi tajuk yang dihighlight oleh BM itu, "Blogger untung RM1 juta" telah di blown out of proportion dan memberikan gambaran  palsu kepada blogger dan bakal blogger. Sehinggakan anak saya yang di dalam Darjah 6 pun teringin nak tulis blog selepas tengok tajuk tersebut. 

Tahniah diucapkan kepada RM kerana dapat penghormatan seperti itu dan ia sememamgnya membanggakan blogger yang lain serta doleh menaikkan nama blog sebagai satu lagi alternative untuk menambah pendapatan sampingan.

Memang benar ramai blogger yang boleh menjana pendapatan sampingan melalui blog masing-masing, malah ada yang boleh hidup dengan menulis blog secara sepenuh masa dengan pendapatan lebih banyak dari pekerja di pejabat. Itulah yang dikatakan bakat yang dianugerahkan oleh Allah kepada makhluknya kepada sesiapa yang dikehendakkiNya.
Nicholas Tay dari Syarikat penjana iklan internet melalui blog, Nuffnang, mendedahkan bahawa blog yang popular boleh menjana pendapatan yang tinggi. Memang benar tetapi ianya tidak semudah yang didengar. Ada blog yang memakan masa berbulan-bulan atau bertahun sebelum memperolehi sejumlah minima wang yang melayakkan blogger itu mengeluarkan wangnya.  Ada beberapa kriteria lain yang membolehkan seseorang blogger itu mendapat hits yang tinggi. Malah bukan semua pelawat yang melawat blog akan klik pada iklan yang dipaparkan oleh penjana iklan online itu. Jika tidak ada orang klik maka, tidak adalah pendapatan. Saya sendiri pun dah hampir setahun satu sen pun tak masuk dalam akaun selepas kali terakhir mengeluarkan wang terkumpul; itupun tak cukup untuk beli makan sekeluarga untuk seminggu.

Berbalik pasal pendapatan dari blog juga kena declare Cukai Pendapatan aku copy n paste maklumat ini dari blog sumijelly, mana tahu kot-kot pembaca malas nak click link ke sana. Sememangnya semua bentuk pendapatan (kecuali yang dilepaskan) memanglah dikenakan cukai. Dah namanya Cukai Pendapatan, jadi hasil menulis blog juga adalah pendapatan. Namun demikian bagi penulis blog yang tidak menjana pendapatan beribu-ribu sebulan janganlah bimbang dikenakan cukai kecuali pendapatan itu selepas dicampurkan dengan pendapatan lain dan sampai ke jumlah yang dikenakan cukai.
facebook
 Sebenarnya isu pendapatan hasil menulis blog perlu diisytiharkan kepada LHDN, tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang merunsingkan para penulis blog. Apa yang kita harapkan dan berdoa kepada Ilahi agar dibuka hati Menteri Kewangan satu hari nanti akan mengumumkan di dalam belanjawanan di Parlimen bahawa jumlah pendapatan tertentu hasil berblog dikecualikan cukai. Ini kerana hasil blog adalah hasil seni dan kreatif. Kalau hasil seni lain boleh ada ruang untuk dikecualikan daripada dikenakan cukai, mengapa tidak hasil kreatif dari penulisan blog. Takkan handbag berjenama je yang dikecualikan cukai (jangan marah RM, itupun jika terbaca blog ini.)

Wednesday, July 21, 2010

Penjana Pendapatan Melalui Iklan Yang Terbaru

Salah satu sebab mengapa orang menulis blog ialah untuk menjana pendapatan sampingan. Berbagai cara untuk menjana pendapatan sampingan melalui penulisan blog dan salah satu daripadanya ialah dengan menyediakan peluang meletakkan iklan yang dibayar oleh syarikat-syarikat pengiklan internet di blog. Ramai blogger mendaftar dengan Nuffnang, Innity, Advertlets dan sebagianya.

Kini ada satu lagi peluang untuk menjana pendapatan melalui kaedah pengiklanan yang diusahakan oleh mangga ad.
Sekiranya ada blogger yang berminat bolehlah mendaftar sebagai 
Blogger juga boleh mengikuti maklumat terkini dan aktiviti mangga ad ini melalui media sosial seperti tweeter dan juga facebook. Mangga ad ini seperti juga penjana iklan yang lain menyediakan peluang untuk blogger dan pengiklan.  

Buat masa ini mangga ad sedang mempromosikan Asian Bloggers and Social Media Conference 2010.

Sunday, June 06, 2010

Bloggers Di Astro Byond PVR @MV

Petang tadi pergi ke Midvalley (MV) khusus untuk witness astrobyondpvr programme. Bukanlah nak subscribe kat produk baru Astro tu tapi just because mereka memberi penghormatan kepada bloggers. Sebagai blogger, adalah menjadi niat aku untuk menyokong pembabitan mereka. 

Empat blogger yang dijemput oleh Astro ialah redmummy, beautifulnara, eyerizzz dan 3iling. Sukar juga nak pilih mana satu diantara keempat-empat blogger itu patut aku berikan sokongan padu kerana kesemua mereka hanya aku kenali melalui karya masing-masing sahaja. Diantara mereka beautifulnara dan redmummy lebih mendapat keutamaan kerana aku dah ketahui kerana mengikuti mereka melalui Project Alpha musim pertama lalu. Eiling pula pernah terserempak sekali sewaktu browsing blog-blog untuk mengundi dalam Blog Award 2009 anjuran Nuffnang. 
Keempat-empat blogger yang terkurung untuk bersaing sesama mereka bagi meraihkan sokongan peminat

So sekarang aku ada dua choice sahaja antara beautifulnara dan redmummy. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukanuntuk menyokong mereka kerana aku pun mengetahui tentang aktiviti ini melalui twitter sahaja. Sebaik sahaja sampai memang kena serbu juga la. First oleh promoter Astro Beyond. Then bila masuk ruangan di mana bloggers berada, pun kena serbu lagi oleh penyokong mereka pula. Serba salah juga la......Last-last ada seorang gadis datang dan menyerahkan kertas untuk ditulis nama. Aku tergamam sebentarla kerana tidak tahu apa nak buat. Mahu tak mahu tulis je nama dan kalau tak silap disenarai untuk beautifulnara. Nampak juga kat atas coffeetable "Bloggers Registration". Tak tahulah untuk siapa? Keempat-empat bloggers yang bertanding atau untuk public blogger macam aku yang datang memberi sokong kepada komuniti mereka. 
 Sempat juga bergambar dengan Beautifulnara.

Dalam pada termanggu-manggu itu tiba-tiba nama (blogging) aku disebut. Ooppsss....ada juga orang yang kenal. Inilah kali pertama aku dikenali sebagai seorang blogger di tempat awam. Dia ajak bergambar. Rupa-rupanya Nor Iman yang mengendali blog Great Teacher Onizuka.

Keputusan diakhir peraduan antara bloggers itu dimenangi oleh redmummy. Tahniah redmummy. 

Tuesday, April 13, 2010

Redmummy - Jana Pendapatan Melalui Blog

Jadi mewah tulis blog begitulah tajuk yang disiarkan di dalam MyMetro tentang seorang suri rumah bernama Mira bt Abu Bakar, 35 tahun. Mira lebih dikenali di kalangan pembaca blog sebagai redmummy kerana mengujudkan identiti bagi dirinya yang mengemari warna merah.
pix_middle
Ibu kepada dua orang anak ini juga merupakan seorang wanita yang aktif dan pernah menjadi peserta akhir rancangan Fear Factor pada tahun 2005. 

Aku taknaklah tulis panjang-panjang kerana penulisan yang panjang ni menjemukan bagi mereka yang tidak berminat membaca. So kalau you all nak baca lebih lanjut tentang redmummy ni bolehlah klik pada link di atas. 

Monday, April 12, 2010

No Strings Attached

Kalau nak ditranslatekan (fulamak terjemahan) No String Attached bermaksud Tiada Tali Dilekatkan. Namun sebenarnya ia bermaksud tidak ada apa ikatan.

Selalunya kita akan jumpa tag ini dalam ruangan-ruangan sosial kerana kebanyakan orang ingin mencari kenalan atau sahabat tanpa ada apa-apa sebarang ikatan. Ni bahaya ni. Persahabatan dalam dunia sekarang kejujuran seseorang sukar hendak dipercayai. Jadi persahabatan khususnya antara lelaki dan perempuan yang meletakkan tag No Strings Attached boleh membawa kepada risiko. 

Itu jika kita nak perkatakan tentang persahabatan. Dalam dunia moden ni dah ada macam-macam yang dikaitkan dengan No Strings Attached. Antara yang awal ialah peralatan remote control. Dahulu alat kawalan jauh ni disambungkan kepada peralatan elektronik melalui wayar. Tetapi kemudiannya wayar tidak digunakan lagi apabila IF atau Infra Red tercipta. Maka peralatan elektronik boleh dikawal dari jauh menggunakan teknologi IR. Telefon juga dahulunya menggunakan kabel yang disambungkan antara gagang dan exchangenya. Bererti dua orang yang bercakap antara satu sama lain disambungkan dengan menggunakan kabel dan wajar walaupun berada jauh beribu batu. Apabila telefon bimbit dicipta, maka wayar sudah dihapuskan. Teknologi telefon juga menjadi semakin canggih dan teknologi bluetooh mengambil alih Infra Red.  Teknologi bluetooh tidak dapat bertahan lama kerana wireless semakin menjadi pilihan. Semakin banyak  gadget-gadjet  elektronik sudah mula menggunakan wireless. 

Kemajuan dalam teknologi internet kini menjadikan wireless semakin banyak digunakan. Di awal pengenalan dunia internet ia masih lagi disambungkan dengan menggunakan kabel telefon sebelum diambil alih oleh WiFi (Wireless Fidelity). Kedatangan broadband pula telah meningkatkan lagi peranan wireless sebagai medium perhubungan antara satu peralatan elektronik dengan yang lain. 

Daripada broadband biasa kini semakin berubah kepada Broadband Wimax (World Wide Interoperability for Microwave Access). Pada mulanya penyanbungan broadband masih memerlukan penggunaan kabel kerana sambungan antara modem dengan exchange masih lagi menggunakan kanel. Jadi pengguna tidak begitu bebas untuk bergerak lebih jauh dari jangkauan signal wireless broadband itu. 

Pengenalan Wimax telah mengujudkan satu situasi yang benar-benar dikatakan No Strings Attached. Ini kerana pengguna modem USB dengan alat penerimaan mudahalih seperti komputer riba ataupun gajet-gajet mobile seperti handphone 3G, Blabkberry dan sebagainya sudah benar-benar membebeskan pengguna  untuk bergerak ke mana-mana sahaja dan masih lagi disambungkan dengan internet. 

Di pasaran terdapat beberapa  modem USB di pasarkan melalui syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi dan Maxis. Selain daripada menggunakan model mudahalih yang kecil keluaran Huwei dan Vodaphone. Disamping itu satu lagi modem USB yang berkemampuan tinggi yang boleh digunakan pada komputer riba yang digelar wiggy dan dipasarkan oleh Green Packet atau lebih dikenali sebagai P1. Di kiri gambar Wiggy berkenaan. Wiggy adalah merupakan modem USB yang paling canggih menggabugkan teknologi MIMO iaitu teknologi antenna berkemampuan tinggi yang membolehkan penerimaan data dengan kelajuan yang tinggi. Baca seterusnya di sini.  

Internet kini semakin menjadi satu keperluan asas kepada manusia. Internet sudah menjadi satu bahan rujukan yang cepat dan mudah dan untuk membolehkan pencarian maklumat itu dilakukan di mana-mana, maka akses kepada gadjet mudahalih adalah mustahak. Oleh itu adalah wajar bagi kita untuk memilikki gajet-gajet yang membolehkan kita disambung kepada internet di mana-mana sahaja  seperti Wiggy ini. Memilikkinya di era sekarang, bolehlah dikatakan sebagai satu situasi No String Attached.

Kini P1 adalah merupakan salah satu penaja dalam program Projectalpha anjuran Nuffnang untuk mengetengahkan blogger kepada masyarakat. Project Alpha musim 2 ini dipersembahkan oleh Adidas Action 3 dan disokong oleh P1 dan MAS. 
  

Wednesday, March 31, 2010

Saya Ingin Menjadi Bintang TV Project Alpha

Siapa tidak mahu jadi popular. Semasa saya memberi ceramah tentang mengapa individu melibatkan diri dengan sukan, salah satu sebabnya ialah ingin menjadi cemerlang. Ini kerana apabila cemerlang dia akan jadi seorang yang popular. Mungkin bintang dia tidak cerah atau tidak ada bakat untuk menjadi seorang artis popolar tetapi cita-citanya untuk menjadi popular itu tetap ada. 

Ramai diantara mereka pul;a memilih jalan lain untuk menjadi seorang bintang. Salah satu daripadanya ialah dengan berlog. Seorang blogger juga boleh menjadi popular dan berstatus selebriti eperti Kennysia atau Xiaxue yang bukan sahaja mencipta nama sebagai blogger tetapi mampu hidup dengan senang hasil daripada blogging. 

Kini satu syarikat yang menjadi penjana iklan di internet, Nuffnang telah mengujudkan satu rancangan yang membolehkan blogger menjadi bintang dalam dunianya. Program yang disiarkan dalam internet itu dinamakan sebagao Project Alpha yang kini sudah masuk musim keduanya. Ianya akan dilancarkan dalam bulan April dan boleh ditonton oleh pelayar internet di mana sahaja mereka berada.  

Walaupun pengambaran musim kedua sudah dilaksanakan dengan memilih beberapa lokasi di dalam dan luar negara, tetapi anda masih lagi berpeluang untuk tampil sebagai blogger jemputan di dalam musim ketiga yang akan dilaksanakan selepas selesai musim kedua ini. Adakah anda ingin menjadi bintang TV di internet seperti Kennysia, Beautifulnara, Budiey, Fourfeetnine, Nicolekiss, Redmummy dan Sixthseal. Mereka ini telah muncul di dalam musim pertama yang disiarkan pada tahun 2009. Anda boleh lihat DI SINI untuk mengetahui lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan Project Alpha, iaitu satu program realiti TV yang disiarkan melalui internet. 

Dalam musim kedua pula tujuh orang blogger lagi diperkenalkan dan mereka yang terpilih boleh dilihat DI SINI.

Apakah anda ada cita-cita ingin jadi seperti mereka? Peluang masih terbuka kepada anda untuk muncul di musim ketiga. Apa yang perlu anda lakukan ialah merakamkan aksi diri anda dalam masa tidak melebihi 60 saat dan hantarkan ke SINI. Anda perlu memberitahu mengapa anda patut dipilih untuk menjadi blogger jemputan di musim ketiga itu. 

Disamping menjadi salah seorang peserta jemputan anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah berikut (seperti yang saya petik dari laman ruumz):

The Top 3 winners will be featured as guests bloggers in the next season of Project Alpha
and will also walk away with:

1st Prize
3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax
Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize
Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
P1 W1GGY Prepaid worth RM199

Tunggu!!!! Sebelum anda mengambil kamera video dan merakamkan diri anda, baca dahulu maklumat lanjut di RUUMZ
Selepas anda membaca maklumat lanjut, tunggu apa lagi..........bertindaklah........

(Projek Alpha musim kedua ini dipersembahkan oleh Adidas Action 3 dan disokong oleh P1 dan MAS. Audition kini sudah dibuka! Lawatilah www.projectalpha.com.my/auditions atau projectalpha.ruumz.com/groups )
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Tuesday, March 09, 2010

Bila Blog Anda Sudah Mendapat Perhatian

Sama ada setuju atau tidak ramai diantara mereka yang menulis blog ialah untuk mendapat perhatian disamping mencari pendapatan sampingan. Penulis blog ini patut bersyukur kepada Allah kerana telah dianugerahkan dengan bakat dan kebolehan untuk menulis. Berjuta-juta orang di dunia yang melibatkan diri dengan internet tetapi hanya sedikit sahaja yang berminat untuk berblog. Renungkan. Ada yang berblog secara konsisten sementara ada juga yang berblog sekali sekala. Malah ada juga yang berblog seklai dan terus blognya menjadi sampah siber dan memenuhi tong sampah siber.  

Saya memulakan penulisan blog ini setelah membawa satu posting yang dibuat oleh seorang expatriat yang bertugas sepejabat dengan saya yang dihantar kepada Jeff Ooi. Postingnya berupa laporan tentang Tsunami yang melanda beberapa tempat di Asia Tenggara dan kawsan sekitar Lautan Hindi pada tahun 2004 yang lalu. Expatriat ini mengkisahkan pengalaman dan sumbangan khidmatnya di Phuket pada masa itu. Sejak itulah saya tertarik untuk berblog dan sampai hari ini saya masih lagi berblog. Blog pertama saya ialah dalam Bahasa Inggeris The Xperienceoflife dengan taglinenya nasi lemak roti canai teh tarik.  

Sejak menulis blog pengalaman manis yang pertama ialah mendapat cek pertama dari Nuffnang bernilai RM157.00. Ia merupakan insentive dan motivasi untuk saya terus berblog.

Memang benar disamping mencari pendapatan tambahan melalui bakat menulis yang dianugerahkan Ilahi, sememangnya saya juga ingin mendapat perhatian. Syukur Alhamdulillah blog saya semakin mendapat perhatian. Selain berjaya memenangi beberapa hadiah menulis blog saya sudah mula mendapat undangan untuk membuat posting produk. Baru-baru ini saya mendapat tawaran melalui email untuk buat posting tentang i-Talk oleh TMnet. Pada mulanya saya berniat untuk menerima tawaran itu tetapi memandangkan tarikh itu bersamaan dengan sambutan Maulid Ur Rasul di komuniti kediaman saya, maka terpaksalah saya menolak. 

Apabila Nuffnang membuka tawaran untuk Projek 400nya saya menghantar permohonan untuk menawarkan diri dan hari ini mendapat email mengatakan saya diterima dan mereka telah menghantar maklumat lanjut mengenai projek itu iaitu untuk mempromosikan satu barangan berjenama di sebuah kompleks membeli-belah di ibu negara. Insyaallah jika tidak ada apa-apa rintangan, saya akan hadir. Menghadiri aktiviti-aktiviti seperti ini adalah merupakan salah satu cara untuk mempopularkan blog anda dan juga diri anda. Apabila blog anda sudah mendapat perhatian anda juga boleh menjadi seorang selebritiblogger satu hari nanti. Bila tibanya masa itu, dunia anda sudah tidak ada privacy lagi.      

Saturday, March 06, 2010

Yes! Saya Menang Juga

Peraduan menulis blog untuk Wilayah Persekutuan Blogforft sudah tamat dan semua pemenangnya telah diumumkan. Harapan saya untuk memenangi hadiah besar-besar tidak kesampaian. Dulu menghebohkan diri kat ofis yang saya tanya kawan-kawan kat mana nak letak aku punya Peugeot 308VTi sumbangan Naza yang akan dimenangi nanti. Lepas tu bila pemenang bulan pertama diumumkan blog aku tidak menang, harapan terasa  slim pula. Ini kerana pemenang hadiah bulanan itulah yang akan berpeluang memangi hadiah utama. Terus aku cakap kat kawan-kawan cancellah nak jadikan Peugeot 308i tu sebagai kereta resmi ofis selama satu bulan sebab chances nak menang dah slim. Dulu aku dah cakap kat kawan-kawan kalau dia orang undi posting aku dan menang grand prize, nak jadikan hadia itu sebagai kereta resmi pejabat untuk satu bulan. 

Masuk bulan kedua, pun tidak menang apa-apa hadiah bulanan. Then penganjur umumkan beberapa hadiah tambahan dari jury untuk mengalakkan lebih ramai blogger menghantar posting. Hadiah tambahan itu ialah Special Prizes yang merupakan 25 penyertaan terbaik selepas pemenang utama dengan hadiah berupa Celcom Blackberry 8250 Gemini dan Celcom Broadband stick dengan satu bulan langganan percuma. Satu lagi kategori ialah hadiah untuk 5 contributor terbanyak yang merupakan hadiah Celcom Broadband stick dengan satu bulan langgnan percuma. 

Tambahan hadiah itu telah memberikan aku sedikit harapan untuk menang hadiah-hadiah kecil itu. Sekurang-kurangnya dapatlah Top 5 contributor. Lagi pun pada masa itu posting aku sudah berada di kedudukan ketiga. Kesibukan pada bulan December telah menghalang aku dari terus menambahkan posting. Namun demikian aku semak setiap hari sama ada aku masih lagi berada di ranking ketiga. Masuk hujung bulan Disember posisi aku semakin merosot dan mula turun ke bawah ranking kelima. Penyumbang yang terasa pun aku lihat posting mereka tidaklah jauh dangat beza dari aku punya. Lantas aku berusaha untuk membuat posting demi posting tetapi tidak publish. Itulah strategi aku. Sekiranya aku publish, mereka yang berada di atas aku tentu akan turut membuat posting baru. 

Aku berusaha mencari dan menulis posting demi posting dan pada masa itu aku memerlukan sekurang-kurangnya menulis sepuluh posting untuk menduduki sekurang-kurangnya pada posisi kelima. Blogger yang menduduki posisi kelima pada ketika itu ialah Pakmat yang membuat sebanyak 68 posting. Jadi beberapa hari sebelum tarikh tutup pada 5 Januari 2010, aku sudah ada 10 posting ready untuk dipublish tetapi aku tunggu sehingga saat-saat akhir untuk tidak mengejutkan Pakmat dan menambahkan postingnya. Inilah strategi aku. 

Rupanya itulah dikatakan rezeki aku. Aku telah publish semua posting itu sebelum jam 5.00 petang 5 Januari 2010. Pada mulanya aku bercadang untuk buat pada jam 11.00 malam kerana menjangka peraduan akan tutup pada jam 12.00 tengah malam. Nasib baik aku mengubah niat dan publish lebih awal. Rupanya peraduan ditutup pada jam 5.00 petang hari itu. Lega rasanya. Jika tidak tentu Pakmat akan menjadi penyumbang kelima terbanyak dan aku tidak akan dapat apa-apa. Selepas menghantar dan mendaftarkan posting aku, jumlah semua posting aku untuk peraduan menulis Blogforft ialah sebanyak 72 blog. Tujuh blog lebih banyak dari Pakmat. Kepada Pakmat, jika dia membaca posting ini saya minta maaf. Inilah dikatakan rezeki.

Hari ini selepas menyemak semula di dalam Blogforft aku dapati keputusan keseluruhan sudah diumumkan. Yes! aku telah memenangi Special Jury prize dan juga Top 5 Contributor. Inilah siri posting yang menang ituRezeki aku. Kesimpulannya tahun 2009 adalah tahun yang paling banyak aku memenangi hadiah melalui blog aku. Awal tahun dapat hadiah pre event blog posting untuk PJ Blogger Karnival yang merupakan Karspersky Internet Security dan T Shirt. Kemudian aku juga memenangi beberapa hadiah dalam peraduan Project Alpha anjuran Nuffnang.  


Thursday, March 04, 2010

Kenangan Projek Alpha Musim Pertama


Bagaimanakah seseorang blogger itu boleh menjadi terkenal? Ada banyak cara dan kaedah untuk melakukannya dan bagi syarikat penjana iklan di blog, Nuffnang mempunyai cara tersendiri untuk mempopularkan blogger-blogger ternama di Malaysia. Nuffnang telah melancarkan satu program yang dinamakan sebagai Project Alpha dengan taglinenya 'Uncovering Malaysia's Top Blogger'. Melalui projek ini, Nuffnang telah memilih seramai tujuh orang blogger tempatan untuk diperkenalkan melalui beberapa aktiviti yang mereka susun. Inilah logo Project Alpha Season I.

Seperti musim lalu seramai 7 orang blogger terkenal dipilih untuk menyertai musim kedua ini


yang terdiri daripada Niki Cheong , Cheesie , Gareth Davies , KY (KY speaks), Ninie Ahmad , Joe Lee (klubbkidd) dan Azwan Ali. Saya telah mengikuti perkembangan program ini melalui laman-laman web resmi Nuffnang, Facebook dan juga Twitter disamping blog-blog peserta itu sendiri yang ditulis dari semasa ke semasa. Misalnya Niki Cheong telah membuat posting dalam blognya. Program musim kedua ini sudah ada laman web resminya dan boleh dilihat DI SINI. Seperti pada musim pertama, musim ini ia masih lagi dihoskan oleh Jojo Struys.

apa yang hendak ditonjolkan melalui program ini ialah
Projek musim pertama dilaksanakan pada bulan September 2009 dengan memperkenalkan tujuh orang blogger popular juga iaitu Kenny Sia, Audry Fourfeetnine , Beautifulnara, Budiey, Sixthseal, Nicolekiss dan redmummy .

Pada musim lepas Project Alpha menganjurkan peraduan menulis blog untuk memperkenalkan blogger-blogger yang mengambil bahagian. Bagi aku sememangnya ada kenangan manis memenangi beberapa hadiah disamping dapat mengenali blogger-blogger yang terkenal. Berikut hadiah-hadiah yang aku menangi di musim lalu:

Minggu Pertama Tempat Keempat
Minggu Ketiga Tempat Kesepuluh
Minggu Kelima Tempat Pertama
Minggu Keenam Tempat Kelima

Hadiah-hadiah telah ditaja oleh Adidas Action 3 selaki penaja utama, Rimmel of London (penaja mekap resmi), Sunway (Penaja Lokasi resmi), Ministry of Sound (penaja venue resmi) dan Montagne Juenesse. Sementara itu Hitz.FM telah menjadi rakan media resmi.

Jika anda masih rindu untuk menonton kembali episod-episod yang memaparkan blogger terkenal musim lepas sila KLIK SINI.

Sebelum diadakan Project Alpha, di antara tujuh orang yang aku ketahui ialah Kenny Sia, redmummy dan nicolekiss kerana aku mengikuti blog mereka. Walaupun aku ada juga terjumpa blog Sixth Seal sebelum itu, aku tidak mengikuti dengan dekat dan setelah projek ini barulah aku semakin jinak dengan blognya. Sementara itu budiey, beautifulnara dan audrey adalah blogger yang dikira baru aku kenali.

Nuffnang telah berjaya mengetengahkan blogger-blogger kepada masyarakat dan taglinenya yang diterjemahkan sebagai mendedahkan top blogger Malaysia bagi aku boleh dianggap berjaya.

Antara episod yang menarik dan mendapat perhatian ramai pengikut program Project Alpha ialah dalam Episod 2 Budiey dimana diadakan pertandingan antara dua orang blogger hiburan iaitu Budiey dan Beautifulnara. Pertandingan itu telah mencabar keberanian kedua-dua blogger tersebut untuk melakukan aksi-aksi yang boleh dianggap agak ekstrim. Satu daripadanya ialah pertandingan menaiki reverse bungy di mana Beautifulnara mengaku kalah sebelum pertandingan lagi dan dia gantikan tempat itu dengan teman wanitanya untuk bertanding dengan Budiey.

Apa menariknya? Adakah Budiey boleh dianggap menang? Jika dia mengatakan dia menang, Azuan Beautifulnara boleh kata dia hanya menang dengan seorang wanita. Hahahahaha............. Tetapi bagi Budiey mungkin dia akan mengatakan dah takut, teman wanita pun sanggup dikorbankan. Walau apapun episod pertandingan itu memang menghiburkan. Mereka kemudian bertanding pula mencuba keberanian dalam melayari flying fox.

Project Alpha musim pertama juga bagi saya telah membuka mata sebahagian besar pembaca tentang Sixth Seal. Dalam episod kedua yang dirakam, JojoStruys telah menyebut, "....he's a notorious blogger. He's got rather dark history..." Dalam episod ini dan episod ketiga, Sixth seal telah membuka lembaran sejarah hitam hidupnya yang menjadi seorang yang terjerumus dalam dunia dadah, merengkuk di pusat tahanan dan kemudian berubah sehingga hari ini menjadi seorang yang terkenal di dalam dunia penulisan blog. Laluan hidup Sixth Seal itu wajar dijadikan contoh dan ikutan oleh para belia di Malaysia khususnya bagaimana seseorang itu boleh melawan nafsu kejahatan dan kemusnahan apabila terjerumus dalam dunia penagihan dadah dan kemudiannya reformkan dirinya untuk menjadi seorang manusia yang baik dan 100% peratus berubah. Namun apa yang pasti ialah Jauhi Dadah.

Saya ternanti-nanti juga Project Alpha musim kedua ini dengan harapan ada peraduan seperti pada musim yang lalu. Hari ini setelah membaca blog
kancil biru saya mendapat tahu bahawa Project Alpha telah melancarkan peraduan Instant Cash Blogging dan minggu pertama sudah berjalan. Peraduan ini bertujuan mengajak blogger memperkenalkan Projek Alpha ini dan usahanya dibayar. Setiap minggu satu topik baru yang berkaitan Project Alpha diberikan untuk diblog. Setiap blog akan dibayar RM20 melalui kredit ke dalam akaun Nuffnang masing-masing.

Setiap posting hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 200 patah perkataan dan posting anda itu hendaklah berakhir dengan Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
(Project Alpha Musim ke2 dipersembahkan oleh Adidas Action 3 dan disokong oleh P1 dan MAS.)

Wednesday, February 24, 2010

Join Geng Blogger

Malam ini....errr...pagi ini blog ini didaftarkan dengan Geng Blogger.
Harapan dengan pendaftaran ini akan membawa lebih banyak trafik ke sini.
Sebenarnya tumpuan aku lebih kepada blog berBahasa Inggeris The Xperience of Life.
Geng Blogger bukan komuniti blogger pertama yang aku daftar. Aku pun tak tahu dah berapa komuniti blog aku didaftarkan.
Aku rasa Geng Blogger ni ada kelebihan yang membolehkan blogger yang tidak begitu mahir dengan jargon-jargon teknikal untuk memperkenalkan blognya.
Apa yang istemewa ialah blog anda boleh di PING dengan mudah setelah anda daftarkan dengan komuniti ini.
Hanya klik pada drop down menu dan pilih kategori blog lalu ping blog anda. Secara automatik posting terbaru anda akan disenaraikan.

Satu lagi keistemewaannya ialah ia boleh dilink secara automatik kepada laman micro-blogging twitter.

Friday, December 04, 2009

Pemenang Blog4FT Bulan Oktober

Pagi ni bila buka NST tengok ada keputusan Blog4FT. Pemenang bulan Oktober sudah diumumkan. Blog aku tidak tersenarai sebagai salah seorang daripada pemenang. Bukan rezekilah tu.

Bila aku masuk Blog4FT tuntuk baca blog yang menang, memang mereka patut menang. Posting yang mempunyai mesej antara manusia dan alam dan manusia. Memang lain dari yang lain yang lebih kepada menulis tentang perkara-perkara yang selalu kita baca baik di media cetak, majalah mahupun media elektronik.

Keciwa, tu memanglah keciwa, tetapi masih ada dua kali lagi peluang untuk tersenarai bagi Grand Prize. Sekarang mengharapkan akan sangkut untuk bulan November dan Disember pula lah. Kekeciwaan itu telah memberikan aku keazaman untuk meningkatkan lagi penulisan untuk entry berikutnya.

Sunday, November 01, 2009

Blog Untuk Pertandingan

Aku baru sahaja menyiapkan satu lagi blog untuk menyertai pertandingan menulis blog Project Alpha Nuffnang. Posting itu bertahuk Project Alpha - Harvesting The Success. Ia merupakan blog terakhir kerana program tersebut pun dusah sampai ke penghujungnya dengan tersiar aktiviti untuk blogger terakhir iaitu sixthseal.

Blog yang aku siapkan tadi itu aku mula tulis dua hari yang lalu. Nak kena tulis dengan lebih mantap kerana tengok beberapa blog yang sudah menyertainya hebat-hebat belaka. Aku mendapat semangat untuk menulis blog ini setelah menang hadiah pertama untuk minggu kelima dengan posting Mengselebritikan Blogger. Hadiah yang dimenangi itu bernilai RM 1760 dalam bentuk barangan. Jadi jika diambil kira dengan dua hadiah yang telah dimenangi sebelum itu -hadiah keempat untuk minggu pertama dan tempat kesepuluh bagi minggu ketiga semua hadiahnya bernilai RM 1100 dalam bentuk barangan juga.

Selepas ini akan pulun pula untuk peraduan menulis blog bagi Wilayah Persekutuan Blog4FT. Yang tu hadiahnya lebih lumayan. Setakat ini pun dah tujuh blog aku hantar dan semuanya itu dalam running. Insyaallah, kalau ada rezeki, dapatlah. Jadi anda pelawat ke blog ini, tolong-tolonglah undi tau.  

Tuesday, October 27, 2009

Projek Alpha - Minggu 6 - Budiey


Ni entry aku yang keempat rasanya tentang Project Alpha anjuran bersama Nuffnang dan Kyanite Production untuk merakamkan gaya hidup blogger-blogger Top Malaysia. Dua entry dah memenangi hadiah yang nilainya sekarang dah menjangkau RM1,100 dalam bentuk barangan daripada penaja-penaja utama seperti Adidas Action 3, Rimmel dan Sunway. So u all pun boleh mencuba. Masih ada beberapa minggu lagi.

Hadiah-hadiah itu of coursela menaikkan semangat aku untuk terus menghantar entry dan entry ni untuk minggu ke enam pula yang memaparkan seorang lagi penulis blog tentang dunia selebriti tempatan Budiey Isma /31 tahun yang menulis di budiey.com. Budiey ni rupanya menjadi rival kepada beautifulnara seperti yang didedahkan sendiri melalui episod 6 beautifulnara. Tapi itu saingan dalam dunia blogging saja rasanya. Kemudian dalam episod 7 mereka bertemu face to face kata orang. Tapi tu bukan lawan lagi beb. Just getting to know each other.

Jadi untuk buat posting ni, aku pun duduklah kat workstation aku di sini. Tegok tu dah ready pewangi ketiak Adidas Action 3. Mana tahu ketiak busuk, ilham tak nak datang.


  .
Projek Alpha dah masuk minggu keenam. Dah lepas pun fourfeetnine, nicolekiss,  redmummy, kennysia dan beautifulnara. Minggu ini memperkenalkan seorang lagi blogger yang blog berkaitan dunia artis.   Budiey menulis dalam Sensasi Selebriti.


Gambar kat bawah ni dicopet dari laman blog Budiey.com. Ni gambar terbaru Budiey ni sebab Nuffnang Asia Pacific Blog Award tu pun baru selesai di Singapura.

Wah, grinning sakan budiey ni kerana blog dia finalist dalam Asia Pacific Bloggers Award anjuran Nuffnang baru-baru ni untuk kategori entertainment blog.

Aku tak naklah tulis panjang-panjang tentang blogger ni. Manalah tahu korang bosan nak baca atau rasa tak terhingin nak baca. So kalau yang ada minat nak tahu kliklah SINI and kalau nak tengok fotoblognya klik SINI.

Apa tu Project Alpha?

Projek Alpha ni yang baru saja masuk musim pertama adalah merupakan rancangan TV online yang memaparkan tentang kehidupan blogger. Rancangan untuk setiap blogger di rakam dalam tujuh episod dan videonya disiarkan dalam Youtube. Rancangan realiti ni memperkenalkan tujuh orang Top Malaysian Blogger. Tetapi antara yang disenaraikan aku cuma mengetahui kennysia, redmummy dan nicolekiss je. Maybe yang empat lagi tu ada juga aku visit but jarang baca. So now dengan adanya realiti show ni aku dah mula visit beautifulnara dan juga budiey. Kira program Kynite Production dengan kerjasana Nuffnang ni berjayalah menarik perhatian pelayar siber untuk mengenali blogger Top Malaysia. Rancangan ini dihos oleh Jojo Struys seorang hos TV, penulis skrip dan penerbit.

(Gambar ni diambil dari websitenya)
Video kat bawah ni adalah promo untuk budiey.

Ha tengok ni, pertarungan antara beautifulnara dan budiey bermula. Tak naklah cerita lebiy-lebiy. U all bacalah sendiri tontonlah sendiri dan tengok siapa lebih berani dan siapa lebih pucat. budiey nampak cool je...........

Ni episod kedua budiey yang menunjukkan siapa lebih hebat dalam pertandingan antara mereka berdua.

Episod ketiga ini menunjukkan siapa pemenang antara dua jaguh pengosip entertainment Malaysia ni. Aik bukan beautifulnara ke sepatutnya berada di sebelah budiey tu.


Sewaktu menulis entry ni baru ada tiga episod yang dipaparkan dalam site Project Alpha dan sempat juga dapat tip blogging ni dari budiey.

Tip Blogging Dari Budiey

  • untuk mendapat satu entry yang mantap seorang blogger mesti mempunyai  satu semangat yang kental serta niat yang tulus.
  • ilham untuk menulis entry boleh diperolehi di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat. 

Matlamat Project Aplha ini sebenarnya ialah untuk mengalakkan semua lapisan masyarakat untuk menulis blog dan berkongsi pengalaman hidup mereka. Bidang blogging adalah merupakan avenue baru untuk membolehkan seseorang itu muncul sebagai selebriti seperti ketujuh-tujuh blogger yang di paparkan dalam musim pertama ini.


Friday, October 16, 2009

Projek Alpha Nuffnang - Mengselebritikan Blogger


Tambahan: 3 Nov 09 BLOG INI TELAH MENANG TEMPAT PERTAMA MINGGU KELIMA PERTANDINGAN MENULIS BLOG UNTUK PROJEK ALPHA NUFFNANG. 

Nuffnang merupakan antara syarikat pengiklanan internet di Malaysia yang banyak menganjurkan program-program yang memberikan kesempatan kepada blogger untuk bersosial dan mengambil bahagian dalam peraduan-peraduan yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

Bagi para blogger juga Nuffnang memberikan peluang untuk menjana pendapatan sampingan dengan meletakkan banner iklan yang diuruskan oleh mereka di blog masing-masing. Blog berkenaan akan mendapat duit berdasarkan klik yang dilakukan oleh pengunjung bi blog masing-masing.

Project Alpha yang kini sudah masuk minggu kelima merupakan program realiti TV untuk memperkenalkan blogger-blogger top di Malaysia atau Malaysian Top Blogger. Ia merupakan ilham Timothy Tiah, pengasas syarikat Nuffnang itu sendiri. Tagline program ini ialah "Project Alpha" -  uncovering Malaysia's Top Blogger. Tidak dapat dipastikan mengapa ia dinamakan Projek Alpha  dan bukan nama-nama lain. Saya cuba juga mencari asas nama Alpha ini melalui Wikipedia dan mendapati yang paling hampir ialah Alpha itu huruf pertama dalam alphabet Greek.

Program ini diterbit bersama dengan Kyanite Production dan Adidas Action 3 sebagai penaja utamanya. Selain Adidas A3, lokasi resmi ialah Sunway Lagoon sementara  Hitz.FM menjadi rakan media resmi. Ministry of Sound pula menjadi penaja venue utama dan peserta dimekap oleh Rimmel of London sebagai official makeup sponsor. Rancangan ini bermula pada 18 September 2009 dengan mempersembahkan blogger fourfeetnine.

First season ni tujuh blogger dipilih dan clip video kehidupan mereka dimuatkan dalam laman web video popular di internet iaitu You Tube. Blogger lain yang terpilih ialah nicolekiss, redmummy, kennysia, budiey dan sixthseal.

Rancangan ini dihos oleh Jojo Struys secara  “fast paced, fast cut, lifestyle-driven show tailor made for the online market."

Jojo sendiri seorang blogger disamping menjadi hos TV dan model dan pengemar kecergasan.

Minggu kelima memperkenalkan beautifulnara, krew produksi dan hos rancangan Jojo Struys telah berkunjung ke rumahnya di Sungai Buloh. Dalam episod pertama barulah tahu mengapa blogger ini memilih nama beautifulnara. Kira aku pun terkantoi jugalah dulu kali pertama mendengar nama beautifulnara. Ingatkan seorang pu ying Thai (perempuan Siam) sebab Nara tu nama ala-ala perempuan Siam. Jadi dalam bahasa mudah Nara yang cantiklah. Rupa-rupanya jantan macam aku juga, hahahaha...... dan "nara" itu dalam Bahasa Korea bermaksud negara. Jadi beautifulnara ialah negara yang cantik. Hmmmm........Nilah pengaruh dalam diri seseorang yang didedahkan dengan sesuatu yang baru. Ia boleh menjadi satu nostalgia dalam diri.

Episod promosi untuk beautifulnara kat bawah ni.


Yang ni pula episod pertamanya di mana Jojo pergi ke rumah beautifulnara.


Apa yang aku dapat dari menonton episod ni ialah Tip Blogging dari beautifulnara

  • tulis apa sahaja yang terfikir di kepala dan jangan peduli apa orang cakap.
  • jangan menulis seperti bahan surat khabar. pembaca tidak berminat begitu
  • jadi seorang blogger yang (lawak gila) humoruous dan biar pembaca tergelak membaca blog kita.

Ni, aku tulis posting ni tujuan nak masuk peraduan menulis blog sempena program Project Alpha ni. Apa lagi kalau bukan tujuan nak menang. Sehingga ini aku dah dua kali memenangi hadiah dari peraduan ini iaitu minggu kedua dan minggu ketiga tapi melalui blog dalam Bahasa Inggeris aku. Kira nak pakai barangan Adidas A3 tu tahanlah lebih kurang satu bulan. Aku ni bukannya pakai sangat pewangi. Kira haruman ori sajalah. Sehingga kini aku dah menang barangan bernilai lebih satu ribu dah. Manusia memanglah takkan puas hati. Sifat tamak tetap ada dalam diri. Tapi dengan buat posting bukan nak menjadi tamak tetapi nak terus berusaha untuk dapat hadiah yang lebih baik.

Hadiah yang lebih baik yang aku maksudkan itu ialah peluang pergi ke Chelsea, UK untuk menonton perlawanan EPL. Bukan setakat tu saja, boleh pergi dengan Jojo Struys lagi. Bila lagi nak bawa awek dan perbelanjaan ditanggung. Nak harapkan aku pergi sendiri sukar sikitlah.

Jadi ua hari lalu pergilah Carrefour beli satu canister Adidas Action3 ni. Just RM 15.90. Tengok letak depan komputer lagi. So sambil-sambil mengadap komputer, bila terasa ketiak busuk, boleh terus sppray saja. Hahaha........

Lepas tu cadanga nak bawa bersama masa main paintball. Kat harness untuk bawa pellet paintball, ada lagi holder yang masih kosong. So boleh bawa spray Adidas A3 (hitam untuk lelaki) ni dan spray saja kalau terasa ketiak busuk.....hahahahha....... Yang putih tu untuk wanita. So kalau ada pemain wanita boleh pinjamkan kepada dia. Ni taktik nak mengorat.....kena belajar........ Spray untuk wanita ni sebenarnya aku menang tempat keempat bagi minggu kedua.

La ni tidur pun dah terbayangkan Chelsea............dan Jojo di samping......hahahaha...angan-angan....Errr.....aku ni bukannya penyokong Chelsea pula. Tak tahulah selepas ini jika dapat pergi Chelsea. Aku penyokong setia Kedah Darul aman.............

Ni kat bawah ni barangan Adidas Action3 yang aku menang dalam minggu pertama.

Saturday, September 05, 2009

Himpunan Blogger Melayu?

Anda Tweet? Saya pun tweet juga. Twitter adalah merupakan satu lagi aplikasi internet yang membolehkan seseorang itu meninggalkan mesej ringkas (140 huruf) kepada sahabat Twitter yang sama-sama follow satu sama lain. Mesej dalam Twitter dihantar secara real time dan boleh berfungsi sebagai satu telegram atau SMS jika pada masa yang sama kedua-dua sahabat itu berada online. Kenny Sia sewaktu ditanya perbezaan antara Twitter dan blog dalam satu perjumpaan blogger telah menyatakan Twitter dianggap sebagai SMS sementara blog sebagai surat khabar.

Saya menulis posting ini setelah membaca satu tweet dari nikicheong yang menjawab tweet oleh twestivalkl tentang satu perjumpaan sesama Tweeters di Kuala Lumpur pada 12 September 2009.

Perjumpaan seperti ini adalah satu cara bloggers berjumpa dan berkenalan antara satu sama lain dan bertukar-tukar pendapat. Saya telah beberapa kali juga turut serta dalam perjumpaan-perjumpaan bloggers seperti yang dianjurkan oleh AllMalaysian Bloggers, Nuffnang dan blogger di Miri. Namun demikian sebahagian besar perjumpaan bloggers itu tidak ramai disertai oleh bloggers Melayu kerana persekitaran perjumpaan itu tidak sesuai dengan orang Melayu, khususnya yang beragama Islam. Ini kerana biasanya perjumpaan itu lebih berunsurkan kepada parti yang disajikan dengan minuman keras dan bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan.

Selepas membaca twestivalkl itu maka terlintas di fikiran saya, mengapa tidak bloggers Melayu juga menganjurkan perjumpaan-perjumpaan untuk berkenal-kenal antara satu sama lain, bertukar pendapat dan pengalaman. Sesuai dengan kedatangan Syawal, bloggers Melayu boleh menganjurkan perjumpaan sesama mereka. Saya tidak pasti sama ada Muslim Bloggers Alliance ada menganjurkan perjumpaan sempena Aidil Fitri nanti.

Wednesday, June 10, 2009

PJ Challenge 09

Satu perhimpunan bagi blogger yang dinamakan sebagai "PJ Challenge 09" akan diadakan bertempat di Jaya33, Petaling Jaya pada 20 Jun 2009 sempena ulang tahun ke 3 Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Perhimpunan ini terbuka kepada semua blogger tanpa mengira usia dan status. Bagi mereka yang ingin memulakan menceburkan diri dalam dunia blogging juga boleh belajar bagaimana hendak membina blog. Kepada blogger yang sudah lama menceburinya juga boleh mempelajari bagaimana hendak meningkatkan lagi blog masing-masing.

Berbagai aktiviti akan dianjurkan dan ia juga merupakan aktiviti keluarga kerana blogger boleh membawa keluarga masing-masing dan atas sebab itu kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila ada aktiviti untuk mereka.
PJ Challenge '09

Untuk mendapat maklumat janjut sila KLIK SINI.



Sunday, March 15, 2009

Jelajah Blog - Blog Linda Onn


Setiap hari sememangnya aku akan buat blog surfing. Tak kiralah blog-blog yang pernah aku surf dan baca mahupun blog-blog baru. Sekali-sekalabila tengok ada visitor ke blog aku, pasti aku akan click juga untuk memasukki blog dia. Ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan traffic ke blog sendiri. Ia macam jangkit menjangkit. 

Antara blog yang aku surf hari ini ialahblog Linda Onn personaliti yang mula terkenal melalui Radio Era. Now dia dah kat Sinar FM. Sekarang stesen yang menjadi pilihanku dahSinar FM. Bukan apa, kerana lagu-lagu yang dimainkan sesuai dengan jiwa aku. Lagu-lagu retro tahun 70an dan 80an. Dulu memang stesen pilihan ialah Radio Era khususnya semasa dalam perjalanan ke pejabat setiap pagi atau dalam perjalanan balik kampung ke Kedah. Tetapi rancangan sebelah pagi sudah menjadi merapu sejak kemasukan
 Saiful Apek dalam segmen tentang cikgu sekolah.  Tulah sebabnya aku sudah hilang minat terhadap Era. 

Blog Linda Onn ni aku dah ikuti sejak Linda masih di Era lagi dalam blog penampai Era. Kini apabila Linda dah pindah ke Sinar, aku masih mengikuti walaulah taklah secara serius. Sekali sekala tu lompat masuk juga. Malam ni aku surf blog Linda selepas masuk ke webSinar FM untuk mencari siapakah Abang Jam (? atau Jem?). Nak lawat blog Linda? Klik SINI

Tulisan dalam blog Linda yang berbentuk catitan, simple, bukan berbentuk karangan dan sesuai dibaca untuk santapan di masa lapang. 

Tup-tup pula sampai posting Linda main paintball. Apa lagi, terus download semua pic dalam posting tu. Akupun baru menceburkan diri dalam permainan paintball ni. Baru main tak sampai sebulan, dah sampai ke Liga Paintball Kebangsaan di ASTAKA. Tempat kru Sinar FM tu main. Dapatlah sampai ke pusingan sweet 16 melalui kedudukan kami dalam ranking ke 13. 

Nilah Tun Teja Sinar FM tu. 

Kredit : Semua gambar diambil dari blog Linda Onn sendiri.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

My Blog List